pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Cheesecake Coklat Sedap Dan Mewah Dengan Topping Ferrero Rocher. Tanpa Bakar, Tanpa Gelatin!

0 915

Cheesecake ni, tak kira ada topping atau tak, harganya mahal kalau beli di kedai. Kalau buat sendiri jauh lebih jimat dan boleh ikut citarasa sendiri untuk letakkan apa sahaja jenis topping atau ganache. Jom saya kongsikan resepi cheesecake coklat sedap dan mewah dengan topping yang pasti buatkan anda terliur.

Tak kira coklat apa yang ingin diletak. Untuk resepi ni kita letakkan coklat Ferrero Rocher yang tampak mewah. Menariknya resepi ni ialah tanpa proses bakar dan tidak juga menggunakan gelatin. Yelah, kadang-kadang penggunaan gelatin ni meragukan dan agak sukar untuk cari gelatin yang halal.

Jadi, bagaimana nak dapatkan hasil kek cheese yang cantik terbentuk dan tak lembik jika tak ada gelatin ni? Sebenarnya sukatan bahan dan cara sebatikan adunan tu yang penting untuk dapatkan hasil kek seperti yang diinginkan.

Apa yang menarik lagi tentang resepi ni ialah corak kek yang cantik dengan penggunaan coklat ganache. Selalunya corak coklat dripping ni hanya kita nampak pada kek di kedai-kedai kek je. Terasa teruja pula kalau dapat belajar untuk buatnya sendiri.

Jom kita lihat step by step untuk buat cheesecake coklat yang mewah seperti kedai ni. Resepi ni dikongsikan oleh Muhammad Ali. Mana tahu bila menjadi, boleh lepas ni buat kek sendiri je untuk sambut hari jadi. Tak perlu beli lagi.

 

RESEPI CHEESECAKE COKLAT SEDAP DENGAN FERRARO ROCHE

Untuk resepi ni, gunakan loyang size 6. Dan sebaiknya pakai loyang spring form atau loose. Jangan pakai baking paper sebab tekstur cheesecake ni lembut. Kalau pakai baking paper nanti tak cantik bila kek dikeluarkan dari loyang.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan base:
  • Digestive biscuits 80 gram
  • Ferrero Rocher 3 atau 4 ketul
  • Butter 40 gram yang dah dicairkan

 

Bahan untuk cheesecake coklat:
  • Cream cheese 500 gram
  • Chocolate milk 250 ml
  • Dairy whipping cream 220 ml
  • 4 Ferrero Rocher yang dihancurkan kecil-kecil
  • Serbuk koko 2 sudu makan (optional. Tujuannya untuk cantikkan atau terangkan sikit warna lapisan coklat ni. Selain tu untuk seimbangkan rasa sebab milk chocolate manis sikit)
  • Susu pekat manis 1 sudu kecil
  • Gula aising 2 sudu makan (nak manis lagi boleh tambahkan lagi gula)
  • Esen vanilla 1 sudu kecil

 

Bahan untuk chocolate ganache (guna teknik dripping):
  • Dark chocolate 140 gram
  • Whipping cream dairy 90 ml
  • Butter 1 sudu kecil

Cara buat cheese cake coklat Ferrero Rocher:
Untuk bahagian base:

▶️ Mula-mula hancurkan biskut digestive bersama dengan Ferrero Rocher.

▶️ Kemudian masukkan butter yang dah dicairkan dan gaulkannya sehingga sebati.

▶️ Mampatkan adunan ni dalam loyang size 6.

 

Kemudian buat lapisan cheesecake coklat pula:

▶️ Masukkan 500 gram cream cheese ke dalam mangkuk/bekas besar. Pastikan cream cheese dibiarkan pada suhu bilik.

▶️ Pukulkan dengan whisker dalam 2 minit, dan masukkan milk chocolate yang sudah dicairkan awal-awal.

▶️ Masukkan serbuk koko (optional).

▶️ Masukkan juga susu pekat manis, gula aising dan juga vanilla esen.

▶️ Pukul sebati kesemua bahan-bahan ni dan letak ketepi sekejap.

▶️ Sekarang pukul whipping cream pula. Whipping cream ni yang masih sejuk-sejuk dipukul sehingga kental.

▶️ Selepas tu satukan whipping cream yang dah kental ni dengan adunan cheese tadi menggunakan spatula.

▶️ Gaul sekata dalam 30 saat.

▶️ Kemudian masukkan Ferrero Rocher yang dah dihancurkan.

▶️ Sambung kacau semula menggunakan teknik kaup balik sampai sebati sehingga tak ada lagi putih-putih whipping cream.

▶️ Bila dah sebati, masukkan ke dalam loyang atas lapisan base tadi.

▶️ Setkan dalam peti dalam 3 jam.

Seterusnya buat chocolate ganache pula (teknik dripping):

▶️ Cairkan dark chocolate menggunakan teknik double boil bersama dengan whipping cream dairy dan juga butter.

▶️ Kacau sehingga ianya cair.

▶️ Bila dah cair, tak berketul dan berkilat, ketepikan sekejap dalam 15 minit.

▶️ Selepas dah sejuk, gaulkan sikit lagi supaya tak ada lagi ketul-ketul dan teksturnya smooth.

▶️ Kemudian masukkan ke dalam pipping bag.

▶️ Keluarkan kek yang diset dalam peti tadi, dan tanggalkannya dari loyang.

▶️ Bahagian-bahagian tepi cheecake tu akan tak sekata nanti. Jadi, licinkan ia menggunakan spatula.

▶️ Dripkan dulu bahagian tepi-tepi kek. Drip tu biar belakang sikit dari hujung kek supaya nanti cecair coklat tu cantik turun ke bawah.

▶️ Bahagian atas kek juga letakkan coklat ganache ni. Jadi, isikan penuh-penuh pipping bag tu ya. Lakukannya berhati-hati.

▶️ Kemudian setkan dalam peti lagi 1 jam.

▶️ Dah lepas 1 jam, boleh menjamahnya!

 

BACA JUGA: Roti Sarang Lebah Lembut, Gebu Dengan Sos Butterscotch Creamy. Sedap Sangat. Rugi Tak Cuba!

 

Sedap sangat cheesecake coklat  yang kaya dengan bahan coklat ni. Bukan biasa-biasa tau. Menggunakan Ferrer Rocher! Sebenarnya terpulang pada anda. Kalau nak gunakan coklat yang lebih murah pun boleh juga. Tapi rasanya mungkin ada bezanya sikit.

Selalu jarang nak cuba buat kek yang ada lapisan dan corak dripping ganache ni. Tengok orang jual yang ada ganache, kita terasa ianya mahal. Tapi sebenarnya boleh je cuba buat sendiri.

Bukan je sedap, malah kelihatan cantik dan nampak istimewa. Lepas ni kalau dah pandai buat, bolehlah buat sendiri kek hari jadi untuk keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.