Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kek Cheese Simple Dan Sedap. Tak Ada Oven, Guna Rice Cooker Pun Boleh.

0 856

Kek ni, sesuai sangat kalau nak panggil kek main-main. Atau nak panggil kek budak asrama pun boleh. Sebab bahannya simple dan mudah je. Dan boleh dimasak dalam periuk nasi. Kalau tak ada oven pun bolehlah juga merasa buat kek sendiri. Kek cheese simple dan sedap ni dikongsikan oleh Nur Fitriyana.

Hasilnya tak bolehlah nak kata sama macam kek yang dibakar dalam oven. Tapi teksturnya lembut dan yang penting sedap dan lemak manis. Kalau teringin nak makan pemanis mulut macam ni bolehlah buat walau tak ada oven.

Cara membuatnya mudah je, cuma kenalah pukul sikit adunan untuk sebatikan. Dan kena rajin ulang-ulang ke periuk nasi untuk pastikan kek masak sempurna.  Sebab periuk nasi ni kan tempoh masa ‘cook’ tak sampai setengah jam pun.

Jadi, kena rajin ulang untuk tekan ‘cook’ sehingga kek masak. Bahan-bahannya ringkas je. Cukup rasa lemak manis lagi-lagi adunan cheese yang memikat selera. Buat untuk anak-anak pasti mereka suka.

Ada sesetengah orang mungkin tak suka kalau kek lembut dan padat sangat macam ni sebab takut muak. Tapi boleh masak lama sikit sampai bahagian bawahnya sedikit garing.

 

RESEPI KEK CHEESE SIMPLE DAN SEDAP

Nak lebih cantik dan menarik kek ni, boleh buatkan apa-apa topping yang anda suka. Paling tidak pun taburkan gula icing untuk cantik dan rasa yang lebih sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 400 gram cream cheese
  • 4 biji telur (asingkan bahagian putih dan kuning)
  • ½ cawan gula
  • 2 sudu butter (dicairkan)
  • ¼ cawan susu segar
  • ½ cawan gula icing
  • 1 cawan tepung gandum
Cara buat kek cheese simple dan sedap:

▶️ Mula-mula satukan telur kuning, cream cheese, gula dan butter yang telah dicairkan.

▶️ Kemudian pukul sehingga sebati gunakan hand mixer. Kalau tak ada, nak gunakan blender pun boleh.

▶️ Lepas tu masukkan tepung gandum dan juga susu segar. Kacau menggunakan spatula atau senduk pun boleh untuk sebatikannya.

▶️ Kemudian dalam mangkuk lain, pukul telur putih dan gula icing sampai meringue atau bertanduk seperti dalam gambar.

▶️ Lepas tu masukkan adunan meringue ni ke dalam adunan pertama kita buat tadi. Kacau gunakan senduk je.

▶️ Kemudian masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Sebelum tu sapukan dulu periuk nasi dengan butter supaya mudah nak keluarkan kek nanti.

▶️ Masukkan dalam periuk elektrik dan tekan ‘cook’. Bila button dan jadi ‘warm’, rehatkan sekejap dalam 20 minit.

▶️ Lepas tu sambung semula ‘cook’. Ulang step sama sehingga 3 kali.

▶️ Untuk mudah faham, begini stepnya:

  • Cook.. warm 20 minit
  • Cook.. warm 20 minit
  • Cook.. warm 20 minit
  • Cook.. warm 20 minit.

▶️ Dah siap, boleh keluarkan dari periuk, dan biarkan sejuk sekejap sebelum dipotong. Hiaskan dengan gula icing.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Magic Chocoflan, Sedap Dengan 2 Lapisan. Ikut Resepi Ni. Mudah Dan Pasti Jadi.

 

Jumlah keseluruhan masa untuk masak kek ni lebih dari 1 jam. Namun tengok juga periuk nasi masing-masing. Mungkin lain periuk nasi, berbeza tempoh masaknya.

Nak tau kek dah masak ke belum, boleh cucuk dengan lidi. Kalau tak ada adunan kek melekat pada lidi, bermakna kek dah masak dengan sempurna.

Sedap sangat rasa kek ni yang lembut dan padat. Rasanya apatah lagi. Cukup manis, lemak dan wangi dengan cheese dan butter. Nanti free-free bolehlah buat kek cheese simple dan sedap ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.