Kek marble ni semua orang memang dah kenal. Mana tidaknya, dah jadi kek viral yang berulang kali orang buat sebab ianya simple dan sangat sedap. Tambah lagi dengan baunya yang wangi. Ada banyak dah resepi kek marble gebu dan lembut orang kongsikan.
Salah satu resepi kek marble yang anda boleh buat ialah dari resepi Wanie Kitchen ni. Kek marblenya mempunyai corak yang cantik, dengan texture yang gebu dan super fluffy.
Yang bestnya, kek ni ada aroma wangi yang bukan je datang dari butter, tapi dari bahan susu tepung dan creamy vanilla.
Masa membakar boleh bau wangi semerbak satu rumah yang boleh buatkan kita tergoda. Ibu-ibu kat rumah boleh buat kek ni untuk makanan santai anak-anak atau buat minum petang.
Bukan tu je, kek ni juga boleh dijadikan kek hari raya atau dessert untuk hidangan tetamu. Jom lihat cara membuatnya.
RESEPI KEK MARBLE GEBU DAN LEMBUT
Untuk mudahkan penyediaan bahan, gunakan sukatan cawan. Penyukat cawan ni anda boleh dapatkan dari kedai peralatan kek atau mydin je. Dan pastikan gunakan penyukat yang sama untuk setiap bahan berkaitan.
Bahan-bahannya:
- Butter cari atau marjerin cair 1 cawan (masa nak masukkan pastikan siap kacau sebati)
- Telur greb B 6 biji (sebaiknya gunakan telur yang baru sebab telur ni kalau dipecahkan kuningnya tak pecah)
- Gula kastor ¾ cawan atau hampir penuh
- Garam halus vacuum ½ sudu kecil
- Susu cair atau santan pekat ½ cawan (susu cair apa-apa brand pun boleh)
- Creamy vanilla 1 sudu kecil (atau nak gunakan butter vanilla/esen vanilla pun boleh)
- Ovalette 1 sudu besar
- Baking powder 1 sudu besar
- Susu tepung full cream ½ cawan
- Tepung gandum 2 cawan
Bahan untuk corak marble kek:
- Ambik sikit adunan kek 1 senduk
- Serbuk koko 1 sudu besar
- Emulco coklat 1 sudu kecil
Cara buat kek marble gebu:
▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan dalam bekas kecuali marjerin cair.
▶️ Kemudian mix perlahan-lahan dahulu dalam 1 minit untuk sebatikan bahan.
▶️ Selepas tu naikkan speed dan pukul sehingga gebu lebih kurang dalam 3 minit. Pukul sehingga gebu berwarna cerah dan putih.
▶️ Bergantung juga pada mixer masing-masing berapa lama putarkan untuk dapatkan adunan gebu.
▶️ Selepas dah gebu tu, baru masukkan marjerin cair. Jangan lupa kacau marjerin tu dulu sebelum masukkan.
▶️ Kacau adunan gunakan teknik kaup balik menggunakan sudip kayu/spatula.
▶️ Tips nak bagi kek tu lembab-lembab sikit, marjerin tu disediakan suam-suam macam bancuh susu baby.
▶️ Kemudian lepas je kaup balik adunan, ambil sesenduk dari adunan tu dan masukkan ke dalam mangkuk lain.
▶️ Masukkan serbuk koko dan emulco coklat. Kacaukan sehingga sebati. Ini untuk marble kek tu.
▶️ Sediakan loyang saiz 9 atau 10. Sapukan marjerin sikit. Nak kek lebih tinggi, pakai loyang saiz 9. Cantik nanti hidangannya.
▶️ Lepas sapu marjerin tu, tabur-taburkan sikit tepung gandum (sikit sahaja) untuk mudahkan keluarkan kek. Atau kalau ada baking paper, pakai baking paper je.
▶️ Tuangkan adunan kek ke dalamnya.
▶️ Kemudian, tompokkan adunan marble tadi di atas adunan kek. Dan lorekkan menggunakan lidi. Buat gerakan S atau ikut kreativiti anda.
▶️ Panaskan oven siap-siap sebelum tu dalam 5 minit. Selepas tu, bakar pada suhu 165-170c dalam 55 minit atau ikut oven masing-masing.
▶️ Selepas kek masak, keluarkan kek cepat-cepat dan terbalikkan kat atas redai oven yang dialas baking paper atau yang dah siap disapu marjerin.
▶️ Selepas 5 minit terbalikkan semula atas papan kek.
▶️ Dah sejuk sepenuhnya bolehlah potong kek dan sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Buat Roti Boy Macam Kedai. Bau Kopi Dia Memang Tak Tahan!
Wahh, berselera betul tengok kek yang gebu dan wangi ni. Bila dipotong, terasa kelembutannya. Kebanyakan orang buat kek ni menggunakan marjerin Pelangi untuk rasa yang lebih sedap.
Kek ni walaupun gebu, tapi ada lembab-lembab sikit kalau anda masukkan marjerin suam. Kadang-kadang makan kek ni, lebih nikmat kalau texture nya sedikit lembab. Nanti anda boleh mencubanya.
Jangan lupa simpan dan share kan resepi kek marble gebu dan super lembut ni. Bolehlah dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!