Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kek Pisang Paling Mudah, 5 Minit Je. Guna Sukatan Cawan. Tapi Sangat Sedap Dan Moist.

0 3,857

Kek pisang ni boleh dikatakan kek yang paling simple dan disukai ramai sebab rasa manis pisang tu sendiri. Kalau teringin nak buat sendiri, jom saya perkenalkan resepi kek pisang paling mudah guna sukatan cawan, yang pasti menjadi walaupun anda baru pertama kali buat kek.

Bagi beginner yang tak pernah buat kek, resepi ni sesuai untuk anda. Tak menggunakan mixer dan hanya 5 minit je membancuh adunan. Tapi hasilnya memang puas hati dengan rasa kek yang moist, manis, dan lembut.

Bila buat sendiri ni puas hati dan rasa berbaloi sebab anda boleh buat tahap manis mana anda suka. Selain tu boleh letakkan apa sahaja bahan topping ikut selera anda.

Kek pisang ni, kalau ada penambahan bahan topping sedap juga untuk dinikmati, lagi-lagi kalau letakkan coklat atau kekacang yang amat sesuai digandingkan dengan rasa pisang.

Tanpa membuang masa, jom ikuti perkongsian resepi kek pisang paling mudah yang dikongsikan oleh Suhasnida Ismail ni.

 

RESEPI KEK PISANG MUDAH SUKATAN CAWAN

Nak buat kek pisang, kena tengok juga jenis pisang yang sesuai untuk dimasak dengan kek. Sebab rasa pisang ni pun berbeza ikut jenisnya. Kebiasaannya nak buat kek pisang perlulah gunakan pisang yang ranum dan betul-betul manis seperti pisang berangan dan pisang raja.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • Minyak jagung 1 cawan
  • Telur gred A 4 biji atau kalau guna telur gred B 5 biji
  • Gula perang ¾ cawan
  • Garam halus ½ susu teh
  • Jus lemon 1 sudu besar
  • Pisang berangan atau pisang raja 1 cawan
Bahan B:
  • Tepung naik sendiri 1 ½ cawan atau tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik + ½ sudu teh soda bikarbonat

Cara buat kek pisang:

▶️ Satukan kesemua bahan ke dalam blender (kecuali pisang).

▶️ Kemudian kisar sehingga gebu dan sebati.

▶️ Lepas dah sebati, baru masukkan pisang dan kisar sekejap je dalam 3 saat.

▶️ Kemudian sediakan mangkuk besar atau besen, dan masukkan tepung naik sendiri ke dalamnya.

▶️ Kalau anda gantikan dengan tepung gandum, perlu campurkan serbuk penaik dan soda bikarbonat seperti dalam senanai bahan di atas.

▶️ Tuangkan adunan yang telah dikisar tadi dan kacau sebati menggunakan spatula.

▶️ Sediakan acuan loyang yang dah disapukan dengan marjerin, dan tuangkan adunan ke dalamnya. Kalau nak gunakan bekas aluminium foil pun boleh.

▶️ Taburkan apa-apa sahaja topping anda suka seperti coklat coin, hirisan pisang atau coklat chip dan sebagainya.

▶️ Sebelum tu panaskan oven siap-siap.

▶️ Dan bakar adunan pada suhu 180’c selama 50-60 minit (bergantung juga pada oven masing-masing).

▶️ Tengok-tengok sama ada dah masak ke belum. Boleh cucuk dengan lidi di tengah-tengah kek untuk check.

▶️ Kalau tak ada adunan melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.

▶️ Boleh keluarkan dan sejukkan sekejap.

▶️ Barulah dipotong dan dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kek Buah Kukus Sedap Dan Moist. Boleh Tahan Lebih Sebulan, Dan Bertambah Sedap!

 

Sedap sangat kek ni dengan semerbak bau pisang. Kek ni memang boleh buatkan kita makan tanpa henti sebab aroma pisang yang sedap dan wangi.

Sebab tu kek pisang ni sering dijadikan pemanis mulut untuk majlis keramaian tertentu sebab keenakannya dan rasanya yang tak cepat muak.

Bagi yang baru nak belajar buat kek tu, resepi kek pisang paling mudah guna sukatan cawan ni yang paling sesuai untuk anda cuba! Semoga berjaya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.