Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mini Cheese Cake Peach. Sedap, Rangup Dan Cair Di Mulut!

0 824

Siapa je yang tak suka makan cheese cake ni? Kalau dapat cheese cake mini, lagilah boleh makan sampai habis berbiji-biji. Belum lagi yang ada buah potong kecil-kecil dalam kek tu, lagilah sedap makan 1 suap kek mini terus ke dalam mulut. Kalau tak percaya, jom cuba buat resepi mini cheese cake peach ni!

Bukan je sedap dengan rasa buah peach dan cheese yang cair kat mulut tu, kek ni juga ada lapisan biskut tiger susu yang sememangnya sedap dengan rasa lemak krim. Disebabkan ini kek mini, mudah je nak buatnya. Masukkan je sebiji biskut tiger dalam papercup dan tuangkan lapisan cheese.

Resepi ni sebenarnya boleh dipelbagaikan. Nak pakai buah atau jelly perisa apa pun boleh. Kalau nak lagi enak, masukkan sikit oren sunquick dalam bancuhan cheese. Lagi naik aroma cheese cake ni nanti. Lepas bakar, confirm naik bau wangi kek satu rumah.

Resepi mini cheese cake peach ni dikongsikan oleh Amanda Rania Zafreen. Resepi ni simple, tapi sangat sedap dan berbaloi kalau nak buat cheese cake yang manis, rangup dan berlemak krim. Memang sesuai sangat kalau nak buat pemanis mulut yang digemari anak-anak.

Sebenarnya kalau tak letak buah peach kecil-kecil dalam kek pun dah rasa sedap dah. Tapi diletakkan untuk menambahkan rasa. Terpulang pada anda nak letak atau tidak. Nak gantikan dengan buah lain pun boleh juga.

 

RESEPI MINI CHEESE CAKE PEACH

Untuk buat mini kek, sediakan papercup dan acuan muffin yang kecil dan sesuai untuk masukkan kepingan biskut tiger. Mudah nanti anda masukkan je seketul biskut ke dalamnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Cream cheese tatura 500 gram
  • Telur gred A 2 biji
  • Gula aising ½ cawan
  • Whipping cream ½ cawan
  • Tepung jagung 1 sudu besar
  • Sunqucik oren mandarin 1 sudu kecil
  • Hirisan buah peach (optional)
  • Kepingan biskut tiger

 

Cara buat mini cheese cake peach:

▶️ Mula-mula campurkan kesemua bahan dalam 1 bekas/mangkuk kecuali buah peach dan kepingan biskut tiger. Kemudian pukul sehingga sebati.

▶️ Susun biskut tiger sebiji-sebiji ke dalam papercup dan gunakan acuan muffin untuk mudah masukkan biskut dan adunan cheese nanti.

▶️ Letakkan buah peach yang dipotong kecil-kecil. kemudian tuangkan adunan cheese ke dalam papercup.

▶️ Bakar dengan kaedah double boil dalam ketuhar lebih kurang 20 ke 25 minit dengan suhu 150c.

▶️ Dah masak je, boleh keluarkan dan sejukkan.

▶️ Sedia untuk dimakan!

 

BACA JUGA: Kek Coklat Tornado Super Sedap Cair Di Mulut. Tengok Je Pun Dah Terliur!

 

Nyummy, sedapnya bila makan terasa berlemak dan cair di mulut. Bakarnya tak begitu lama dan guna kaedah double boil je. Mini cheese cake ni akan rasa rangup dan lembut dalam satu masa. Memang sedap dimakan.

Biskut tu dah ada rasa lemak manis. Just nice je dengan manis gula aising ni yang dah sebati dengan cream cheese. Tapi kalau nak yang kurang manis boleh adjust ikut citarasa anda. Lepas ni bolehlah buat untuk pemanis mulut simple tapi sedap untuk sesisi keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.