Bau pandan ni kalau buat kek ke, roti atau kuih muih, dia punya bau je dah semerbak wangi. Masa tengah bakar lagi dah semerbak baunya satu rumah. Mau tak menggoda iman kita tiap kali buat kek atau roti pandan sendiri ni. Pernah tak anda buat resepi roti bun perisa pandan? Kali ni bukan biasa-biasa hasilnya.
Resepi roti bun perisa pandan yang dikongsikan ni menggunakan breadmaker noxxa. Memang naik gebu gebas rotinya. Bila disiat, boleh rasa kelembutan tekstur roti bahagian dalam. Makan macam tu je dah sedap! Tak perlu cicah dengan apa-apa minuman panas dah.
Bak kata orang kalau anda minat sangat baking ni, eloklah kalau ada breadmaker Noxxa ni kat dapur masing-masing. Sangat cepat dan mudah nak buat roti sendiri. Malah rasanya tak disangka sedap dan gebu seperti roti yang dijual di luar.
Berbalik pada resepi, nak buat roti bun pandan ni lagi sedap kalau letakkan air pandan asli yang dikisar dari daun pandan, berbanding dengan perasa tiruan. Bukan tak boleh guna yang segera, tapi bila guna yang asli ni, rasa dan aroma wanginya pasti ada perbezaan.
Kalau warna air pandan asli ni pudar je dan tak cantik bila roti dah siap, boleh je tambahkan sedikit pewarna hijau pandan untuk pekatkannya. Mudah je. Jom tengok resepi roti bun pandan dari perkongsian Siti Zulaikha ni.
RESEPI ROTI BUN PERISA PANDAN
Kalau ada breadmaker Noxxa, boleh dikatakan segala kerja menguli adunan sehingga menjadi doh tak perlu dibuat lagi. Kerja kita hanya bentukkan doh bulat-bulat dan susun dalam loyang untuk dibakar. Kalau macam ni mudahnya, boleh buat selalu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Mentega / butter 60 gram
- Shortening 1 sudu besar
- Telur 1 biji
- Susu segar 250ml
- Air perasa pandan 1 sudu kecil
- Pewarna hijau 1 sudu kecil
- Garam 1 sudu kecil
- Tepung roti 500 gram
- Gula 5 sudu besar
- Ibu roti (self instant) 11 gram
- Campuran susu pekat dan mayonis (untuk sapuan atas roti sebelum dibakar)
- Parutan cheese chedar (taburan atas roti sebelum dibakar)
Cara buat roti bun perisa pandan guna breadmaker Noxxa:
▶️ Masukkan kesemua bahan di atas mengikut urutan yang diberikan ke dalam bekas breadmaker Noxxa.
▶️ Kemudian pilih function Bread no 10 (doh). Selepas tu biarkan ia bekerja.
▶️ Setelah dah siap, keluarkan dan ambil sedikit-sedikit doh ni dan bulatkan menjadi doh seberat 30 gram.
▶️ Buat sampai doh habis atau cukup diisi dalam loyang untuk dibakar.
▶️ Sapukan loyang dengan mentega dahulu.
▶️ Kemudian susun doh roti bulat-bulat tadi 4 x 4 dan biarkan kembang.
▶️ Dah kembang, letakkan sapuan sikit atas roti (campuran susu pekat dan mayonis).
▶️ Dan taburkan parutan cheese chedar di atasnya.
▶️ Sedia untuk dibakar pula.
▶️ Setkan oven bradmaker dengan pilih function preheat untuk panaskannya.
▶️ Kemudian pilih function baked dengan suhu 170’c selama 17 minit dan bakar doh sehingga menjadi roti.
▶️ Dah siap, boleh keluarkan dari oven. Ready to eat!
BACA JUGA: Roti Bun Inti Sardin Gebu Dan Lembut. Sedap Ya Amat Dengan Inti Yang Padat!
Wahh, mudah macam tu je nak buat roti bun sendiri yang super sedap dan gebu gebas ni. Yang tak minat baking pun terus jadi suka dan berminat nak ada breadmaker Noxxa sendiri di rumah lepas tengok cara membuatnya.
Resepi ni pun memang sedap dan wangi hasilnya. Tak dapat disangkal kagi kesedapannya bila dimasak gebu dan lembut. Kalau buat roti sendiri ni boleh buat pelbagai perisa, dan buat berulang kali pun tak apa. Tak perlu lagi dah beli roti bun di luar.
Mudah je kan nak buat roti bun perisa pandan ni. Nanti bolehlah siapkan 1 breadmaker Noxxa bagi yang belum ada. Selamat mencuba!