Segalanya Tentang Makan..

Buat Apam Pisang Lembut Dan Gebu Dalam Acuan. Mudah Dan Comel Je Hidangkan Seketul-Seketul.

0 595

Apam pisang ni sama juga macam kek pisang. Boleh dikatakan kek yang manis, sedap dan digemari semua orang. Lagi banyak pisang diletak lagi sedap dan wangi. Nak buat apam pisang ni pastinya yang sedap ialah apam pisang yang lembut dan gebu.

Lagi-lagi dibuat dalam acuan. Bila buat kecil-kecil ni lagi mudah nak hidangkan. Comel-comel pula tu. Anak-anak mesti suka. Nak buat apam pisang ni sebenarnya mudah je. Standard bahan-bahan macam nak buat kek yang gebu.

Apa yang penting ialah jenis pisang yang anda gunakan. Tak semua jenis pisang sebenarnya sesuai dibuat kek atau apam. Nak buat apam kenalah pisang yang sedap, manis dan cukup ranum.

Barulah apam pun manis dan wangi. Selalunya antara pisang yang sedap dibuat kek atau apam ialah pisang berangan, pisang emas dan pisang raja.

Kalau anda nak cuba buat apam pisang kecil-kecil dalam acuan boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Hajjah Ana Samad ni. Mudah je. Hasilnya cantik dan gebu kalau anda ikut sebiji-sebiji.

 

RESEPI APAM PISANG

Bentuk acuan ni terpulang pada anda nak bentuk atau saiz apa pun. Apa yang penting ialah adunan. Apam ni sebenarnya lebih untung kalau buat banyak-banyak. Jenis tahan lama. Bolehlah buat selalu jadikan makanan ringan untuk anak-anak di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 biji pisang berangan (sederhana saiz)
  • ½ sudu teh garam

*Satukan pisang dan garam, kemudian lenyekkan sehingga hancur.

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak

*Satukan telur, gula dan minyak, kemudian kisarkan sebati.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh soda bikarbonat

*Satukan ketiga-tiga bahan ni dan ayakkan sekali.

Cara buat apam pisang lembut gebu:

▶️ Satukan ketiga-tiga bahan adunan di atas dalam satu besen.

▶️ Gaulkan dengan cara kaup balik sehingga sebati dan sekata.

▶️ Kemudian perapkan adunan selama 1 jam.

▶️ Panaskan air pengukus.

▶️ Sediakan acuan. Atau kalau anda nak buat dalam loyang pun boleh.

▶️ Sapukan acuan dengan sedikit minyak.

▶️ Tuangkan adunan ke dalam acuan ¾ penuh.

▶️ Dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.

▶️ Semasa kukus pastikan penutup periuk dibalut dengan kain supaya wap tak menitis atas apam.

▶️ Dah siap.

▶️ Keluarkan dari pengukus dan sejukkan.

▶️ Sedia dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Apam Gula Hangus Lembut Dan Gebu Gebas, Mudah Guna Sukatan Cawan. 

 

Hidangkan buat minum petang atau sarapan pagi memang sedap. Apam pisang ni sesuai pada anda yang suka pencuci mulut yang simple tapi cukup manisnya.

Syarat buat apam pisang yang sedap ni kenalah manis. Dan wajib juga lembut dan gebu. Dah nama pun apam. Kalau tak gebu sah-sah tak menjadi kan?

Bosan-bosan duduk rumah tu lepas ni bolehlah buat apam pisang lembut dan gebu ni. Buat lebih sikit. Bolehlah duk ulang-ulang makan sampai puas. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.