Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-pGcvOU.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-pGcvOU.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Bakwan Sedap Dan Rangup Untuk Minum Petang. Cicah Dengan Sosnya Yang Paling Sedap!

0 6,373

Kalau di Malaysia terkenal dengan cucur atau cekodok goreng. Di Indonesia amat popular dengan bakwan. Tapi bakwan ni sedikit berbeza dengan cucur biasa, sebab ramuannya ialah bancuhan tepung dan juga sayuran yang sedap dimakan rangup dan cicah dengan sosnya.

Kalau muak selalu makan jemput-jemput ikan bilis dan bawang, lepas ni boleh buat bakwan pula. Nak letakkan apa je sayuran pun boleh. Kadang-kadang buat yang simple gunakan apa je sayuran yang dalam peti ais tu dah memadai.

Resepi bakwan kali ni ialah perkongsian daripada Harnee Nazir yang diubah suai ikut citarasanya. Hasil gorengan bakwan yang garing dan rangup buatkan sedap dicicah dengan sos buatannya sendiri.

Bahan-bahannya ringkas je dan mudah untuk dibuat macam nak bancuh cucur biasa juga. Untuk dapatkan hasil gorengan yang rangup, satukan je kesemua bahan dan bancuhkan dengan air sejuk.

Kemudian gorengkan dalam minyak yang panas. Bila terus hidang, memang sedap makan dalam keadaan yang masih panas dan rangup.

 

RESEPI BAKWAN

Nak letakkan jenis sayuran dan berapa banyak ingin diletak semuanya ikut citarasa anda sendiri. Untuk tepung pula, ada yang hanya gunakan tepung gandum. Ada juga ditambahkan jenis tepung lain untuk menambahkan rasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 4 sudu tepung bestari pedas / original (optional)
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air sejuk
Bahan sayuran:
  • 1 ½ cawan lobak merah disagat atau potong halus
  • 1 ½ cawan hirisan kobis
  • 5 tangkai daun bawang
  • 1 labu bawang besar hiris kasar
  • 1 batang lada merah hiris halus
Cara buat bakwan:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam besen atau mangkuk besar.

▶️ Sayuran tu anda boleh letak banyak mana anda suka. Kalau nak tambah sayuran lain pun boleh.

▶️ Masukkan air sejuk sambil gaulkan bahan sebati. Lihat kepekatan bancuhan. Agak-agak pekat dan jangan terlalu cair.

▶️ Bancuh sehingga jadi macam ni.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bancuhan sesudu ikut saiz yang anda gemari.

▶️ Gorengkan sehingga garing dan warna keperangan.

▶️ Kemudian angkat dan toskan.

Bahan-bahan sos pencicah:
  • 2 biji lada merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ sudu gula pasir
  • 4 sudu sos cili
  • 4 sudu air panas
  • Kalau suka masam-masam sikit, boleh campurkan cuka makan
Cara buat sos pencicah:

▶️ Tumbuk lada merah, bawang putih dan gula pasir sehingga lumat.

▶️ Kalau tak lumat, boleh tapiskannya.

▶️ Kemudian campurkan dengan sos cili dan air panas.

▶️ Kalau masa ni bancuhan masih berketul, boleh kisarkan sehingga hancur sebati. Ikut suka anda.

 

BACA JUGA: Cara Buat Cekodok Lembut, Sedap Dan Garing Di Luar. Bentuk Cekodok Cantik Membulat.

 

Dah siap. Hidangkan bakwan dan sos pencicahnya. Untuk sos pencicah ni, boleh juga anda buat resepi yang sama untuk makan dengan cucur lain juga. Rasanya sedap dengan rasa pedas, manis, masam dan wangi.

Kalau rasa tak sempat nak buat sos pencicah sendiri ni, boleh je cicahkan dengan sos cili. Rasanya masih sedap untuk dinikmati.

Lepas ni tukar selera dari cucur ke bakwan yang sedap dan rangup ni pula. Walaupun sayuran je intinya, jangan tak percaya rasanya sebenarnya sangat sedap. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.