Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Apam Polkadot Comel, Gebu Dan Lembut. Resepi Mudah Dan Cepat!

0 8,900

Apam ni sejenis kuih yang sedap, gebu dan lembut kan. Cuba bayangkan kuih apam ni dibuat corak polkadot dan comel je saiznya. Pasti anak-anak yang paling teruja. Sebenarnya dah banyak orang jual apam polkadot ni sebab nak buatnya tak lah susah mana. Ada cara buat apam polkadot comel, gebu dan lembut.

Kalau dapat buat sendiri memang puas hati sebab dapat buat sekali banyak dan makan berulang kali. Resepi apam polkadot comel ni ada dikongsikan oleh Siti Zubaidah. Apa yang menarik tentang resepinya ialah ada rasa lemak manis pada apam disebabkan bahan susu full cream yang dimasukkan.

Kalau perhatikan resepi apam comel ni di internet, sebenarnya ada pelbagai resepi yang dikongsikan yang berbeza-beza terutama pada bahan penaik. Lain orang lain caranya. Untuk resepi ni, kita gunakan ovelete yang akan dipukul sehingga kembang, maka nanti akan jadilah apam yang gebu.

Selain ovelete, baking powder pun ada juga dimasukkan untuk menaikkan apam sehingga cantik kejadiannya. Bila tengok hasil apamnya, memang geram untuk rasa sendiri kesedapan dan kelembutannya.

Kalau buat apam polkadot ni, bukan sahaja corak polkadot tu yang diberi perhatian. Ada sesetengah resepi memasukkan filling ke dalam apam ni untuk menambahkan lagi rasa. Kalau dapat isi filling yang sedap seperti Nutella, strawberi, blurberry dan sebagainya memang nikmat rasa dia.

 

RESEPI APAM POLKADOT COMEL GEBU

Untuk corak polkadot tu, anda boleh corakkan dengan apa-apa sahaja warna yang anda suka. Kalau dapat buat lebih dari 3 warna lagi cantik dan menarik.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Telur 3 biji
  • Gula 1 cawan
  • Ovelete 1 sudu teh
  • Susu full cream 200 ml 1 kotak
  • Tepung gandum 2 ½ cawan
  • Baking powder 3 sudu teh

 

Cara buat apam polkadot comel, gebu dan lembut:

▶️ Mula-mula pecahkan telur dan campurkan dengan gula dan ovelete. Kemudian pukul bahan ni sehingga kembang dan bewarna putih.

▶️ Selepas adunan dah kembang, boleh masukkan susu full cream dan sambung pukul lagi.

▶️ Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum dan baking powder, kemudian ayak.

▶️ Bila adunan yang dah dipukul tadi betul-betul kembang, masukkan tepung yang dah diayak tadi.

▶️ Kemudian pukul sehinga sebati.

▶️ Dah siap tu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.

▶️ Selepas tu corakkanlah ikut kreatif sendiri. Sama ada nak dot dot kan, atau nak buat tompok bercorak. Terpulang pada anda.

▶️ Sebelum tu, jangan lupa masa picitkan adunan dalam cup, nanti boleh masukkan fillingnya. Caranya, picitkan adunan tepung dalam suku cup, kemudian masukkan filling. Selepas tu picitkan adunan seterusnya sampai ¾ cup.

▶️ Dah siap habis adunan, boleh kukus selama 10 minit dengan api yang perlahan.

▶️ Dah masak, boleh padamkan api dan sejukkan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Bingka Jagung Sedap Dan Lembut. Kuih Tradisional Legend Kegemaran Ramai!

 

Cantik gebunya apam ni. Corak polkadotnya pun cantik dengan corak yang sekata. Memang sesuai sangat kalau nak buat berniaga atau hidangkan untuk anak-anak.

Kalau anda yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan gula. Bagi fillingnya pun terpulang nak letak perisa apa pun ikut citarasa anda. Sebenarnya kalau tak nak letak filling pun tak apa. Sebab apam ni dah ada rasa sedapnya.

Beruntung kalau dapat buat apam polkadot sendiri ni. Sebab boleh buatnya ikut citarasa sendiri. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.