Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cucur Roti Berlauk. Goreng Rangup-Rangup Dengan Isi Padat. Paling Sedap!

0 1,040

Sedapnya kalau makan cucur roti berlauk ni waktu sarapan atau minum petang. Isinya padat, sedap dan kena dengan selera. Goreng pula rangup-rangup dan cicah dengan sos cili, memang confirmlah buat ulang-ulang lepas tu.

Ada roti lebih dan tau tahu nak buat apa tu bolehlah buat cucur ni. Jarang dengar roti dibuat cucur kan. Bila jadi salah satu adunannya, cucur jadi padat. Lembut pula tu. Bahan lauk di dalamnya simple-simple pun dah memadai dah.

Cukup ada isi ayam, sosej, bawang dan lobak merah. Nak bau wangi sikit masukkan sekali daun sup atau daun ketumbar. Bukan main sedap lagi rasanya bila dah jadi cucur nanti.

Resepi cucur roti berlauk ni dikongsikan oleh Mleisya Scraf Comel Sokmo di FBnya. Bolehlah jadi idea hidangan minum petang anda. Asyik selama ni cucur biasa je kan.

Sekali sekala ubah selera buat kepelbagaian jenis cucur. Anak-anak dan suami mesti suka. Bila dah ada idea bahan untuk cucur ni, boleh diubah suai ikut citarasa masing-masing.

 

RESEPI CUCUR ROTI BERLAUK

Kalau hari ni cuba bahan ni, esoknya boleh cuba ubah bahan lain pula. Contohnya nak tukar ayam kepada daging ke. Atau nak tambah sayur lain seperti taugeh ke, terpulang pada anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 keping roti (tak kisah gardenia atau brand lain. Asalkan roti putih keping-keping tu)
  • 2 biji telur
  • Sosej
  • Isi ayam
  • Bawang merah
  • Lobak merah
  • Daun ketumbar atau daun sup
  • Secubit garam

Cara buat cucur roti berlauk:

▶️ Mula-mula sediakan bahan lauknya dulu.

▶️ Pertamanya, ayam perlu direbus sekejap. Lepas tu potong halus-halus.

▶️ Sosej pun perlu direbus sekejap dan potong juga nipis-nipis.

▶️ Lobak merah dimayang.

▶️ Ambil 2 biji bawang merah dan hiris nipis-nipis.

▶️ Hiris daun ketumbar atau daun sup.

▶️ Carikkan roti kecil-kecil.

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan dalam besen atau mangkuk.

▶️ Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Kalau nak penyet-penyetkan dengan sudu pun boleh.

▶️ Buat adunan bulat-bulat ikut saiz anda suka.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, masukkan adunan dan goreng dengan api sederhana.

▶️ Golek-golekkan dalam minyak untuk masak sekata.

▶️ Dah garing dan warna coklat keperangan, boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Cara Buat Cucur Ikan Bilis Rangup. Bancuh Pakai Air Panas Je Rupanya.

 

Kalau makan macam tu je pun tanpa sos sebenarnya dah cukup sedap. Tapi kalau nak menambahkan selera lagi, boleh je cicah dengan apa-apa yang anda suka.

Makan panas-panas lepas goreng tu lagilah berselera. Nak buat saiz kecil ke, besar ke, ikutlah suka anda. Tapi nanti kena pastikan sentiasa jaga depan kuali masa menggoreng. Kena balik-balikkan untuk elak hangus.

Sedap dan unik resepi cucur roti berlauk ni. Antara hidangan minum petang yang wajib anda buat. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.