Pernah tak tengok orang buat donut bunga sakura yang warna warni cantik macam ni? Selalunya buat time perayaan terutamanya tahun baru cina. Kalau nak buat waktu hari raya aldilfitri pun sesuai sangat untuk hidangan tetamu.
Donut ni bukan sekadar cantik je, ada sekali dimasukkan buah naga yang berikan rasa yang unik, dan juga pewarna asli yang cantik. Nampak menyerlah wara pink dan ungu macam warna bunga. Sesekali dapat buat kelainan macam ni pun best juga kan.
Cara buat donut buah naga gebu ni lebih kurang sama je macam buat donut biasa. Cuma masukkan buah naga dan tambah pewarna untuk dicorakkan menjadi bunga. Bila donut dibuat lembut dan gebu macam span, lagi bertambah cantik terhidang dengan warnanya yang menyerlah tu.
Resepi donut ni menggunakan yis dan bread improver sebagai bahan gebu dan pelembut roti. Hasil dia memang terbaiklah dan terjadi elok. Adunannya lembut dan rasa ringan je masa diuli dengan tangan. Anda boleh ikut cara buat donut buah naga gebu ni melalui resepi Kak Wan.
Mudah dan simple je sebenarnya resepi ni. Kalau nak ikutkan, semua resepi donut memang menggunakan lebih kurang sama je bahannya, cuma bergantung pada hasil tangan yang menguli dan cara pengadunan bahan-bahannya tu.
RESEPI DONUT BUAH NAGA YANG GEBU
Dalam membuat kuih tradisional yang menggunakan marjerin, kebanyakan resepi menggunakan marjerin Pelangi sebab bau dan rasanya yang sedap dan wangi. Tak kiralah resepi kuih dan kek. Begitu juga donut gebu ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung gandum 1 cawan
- Susu tepung 1 sudu besar
- Marjerin Seri Pelangi 1 sudu besar
- 60 gram buah naga yang dihaluskan
- Yis segera ½ sudu kecil
- Bread improver (pelembut roti) ½ sudu kecil
- Gula 1 sudu besar
- Garam ¼ sudu teh
Cara buat donut buah naga gebu:
▶️ Sediakan 1 bekas besar. Kemudian masukkan tepung, sus tepung, yis dan gula. Gaulkan bagi rata.
▶️ Kemudian masukkan buah naga dan garam. Gaulkan lagi bagi sebati.
▶️ Tuangkan air sikit demi sedikit. Dan uli sehingga menjadi 1 gumpal doh.
▶️ Seterusnya masukkan marjerin Pelangi dan sebatikan dia. Terus uli beberapa kali sehingga sebati sepenuhnya.
▶️ Tutupkan bekas tu dengan plastik wrap dan rehatkan sekejap dalam 15 minit.
▶️ Selepas 15 minit, buka plastik wrap dan kempiskan adunan yang dah menaik semasa kita tutupkan tadi. Kempiskan dan bulatkannya semula.
▶️ Sediakan 1 papan canai, dan taburkan tepung di permukaannya.
▶️ Bahagikan adunan doh tadi kepada beberapa biji bebola adunan yang seberat 25 gram.
▶️ Leperkan setiap doh, dan terap dengan acuan bunga.
▶️ Untuk bulatkan tengahnya, picit dengan straw atau nozzle.
▶️ Kemudian tutupkan semula dengan plastik dan rehatkan lagi 15 minit.
▶️ Panaskan kuali, dan masukkan donut semasa minyak dah betul-betul panas.
▶️ Goreng dengan api yang kecil je sehingga masak.
▶️ Angkat dan biarkan sejuk sekejap.
▶️ Selepas tu boleh hiaskan dengan gula aising yang dicantikkan. Jom kita lihat cara penyediaan aising pula.
Bahan-bahan aising hiasan donut:
- Gula aising ½ cawan yang diayak
- Susu cair 1 ½ sudu besar
- Pewarna kuning dan pink
Cara buat aising hiasan:
▶️ Masukkan gula dan susu ke dalam mangkuk dan sebatikan. Pastikan tak terlalu pekat atau cair.
▶️ Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian yang besar dan 1 lagi kecil. Yang besar letak warna pink, yang sikit warna kuning. Letakkan pewarna sedikit sahaja.
▶️ Seterusnya sapukan warna kuning menggunakan brush di bahagian tengah donut, dan warna pink di bahagian luar donut.
▶️ Biarkan sekejap sampai gula aising kering.
Dah siap donut buah naga corak bunga sakura!
BACA JUGA: Cara Buat Pau Gebu Dan Lembut. Sedap Makan Panas-Panas Buat Hidangan Minum Petang.
Cantik dan menarik kan hasil donut ni. Bukan sekadar cantik, malah wangi, lembut dan gebu lagi. Kalau biasa nampak donut cantik macam ni orang jual kat kedai donut yang mahal-mahal je. Kali ni boleh buat sendiri donut bercorak yang cantik, dengan menggunakan resepi simple je.
Kalau nak buat sekali banyak untuk hidangkan buat tetamu, boleh buat macam-macam warna lagi. Mesti geram je dengan hasil kejadiannya. Nak attract anak-anak pun boleh juga.
Bagi yang nak buat donut gebu dan sedap tu, bolehlah ikut resepi ni. Bukan je cantik, malah puas bila dapat makan donut sedap dan lembut. Jangan lupa mencubanya!