Warning: fopen(/tmp/6ac4632dff6b5a2d91d64cefe0769579-Uyj0zi.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/6ac4632dff6b5a2d91d64cefe0769579-Uyj0zi.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Donut Gebu Dan Lembut Sampai Ke Pagi. Rasa Extra Sedap Dan Wangi!

0 13,625

Kalau nak buat donut ni selalu takut-takut je kan, sebab kalau salah bahan dan cara ulinya, ada risiko donut keras dan tak naik gebu dan cantik. Anda boleh cuba cara buat donut gebu dan lembut oleh Suhasnida Ismail ni. Insya Allah donut naik elok gebu dan lembut sampai ke pagi.

Kalau nak buat donut sudah tentu kena ada serbuk penaik yang menjadikan ia gebu. Cuma cara menguli tepung tu dan sebatikannya menjadi doh yang cantik faktor donut naik gebu gebas. Bila goreng pun elok dan tak serap minyak.

Resepi yang dikongsi ni agak menarik sebab ada beberapa bahan tepung yang memberikan rasa lebih sedap, lemak dan wangi. Bila makan tu lagi sedap kita menikmatinya. Kalau ikutkan terdapat banyak perkongsian resepi donut yang ada.

Selalunya jumpa resepi yang 4 bahan atau 5 bahan. Tiap kali tu juga akan jumpa bahan yang berbeza, tapi kebanyakannya gunakan 1 jenis tepung je. Donut ni sebenarnya apa resepi pun menjadi, yang penting tekniknya betul dan kerap praktis.

Kalau ada jenis tepung lain dimasukkan tu, ianya sekadar nak menambah rasa. Tapi tekstur kelembutannya masih sama kalau betul cara kita kendalikan doh.

 

RESEPI DONUT SEDAP GEBU DAN LEMBUT

Selepas donut dah digoreng, nak salutkannya dengan gula halus boleh. Atau nak letakkan topping lain seperti perisa coklat, strawberi dan sebagainya, itu terpulang pada selera masing-masing. Sebab tu untung kalau buat donut sendiri. Boleh pelbagaikan rasa sekalipun pada toppingnya.

Bahan-bahannya:
  • Tepung high protein 400 gram
  • Tepung gandum biasa 100 gram
  • Gula 40 gram
  • Yis 10 gram
  • Garam 5 gram
  • Kuning telur 2 biji
  • Tepung susu 15 gram
  • Serbuk penaik 3 gram
  • Cream super 10 gram
  • Susu segar 100 ml (nak ganti air pun boleh)
  • Air peti sejuk 140 ml (mungkin tak gunakan semua. Nanti perlu dimasukkan sikit-sikit untuk jadikan doh)
  • Shortening 40 gram

Cara buat donut sedap gebu dan lembut:

▶️ Sediakan satu besen, dan masukkan semua bahan kering dulu iaitu semua jenis tepung, serbuk penaik, gula, yis dan garam.

▶️ Selepas tu masukkan telur dan susu dan kacau rata.

▶️ Masukkan air sikit demi sedikit. Gaul-gaulkan dan uli sehingga menjadi doh.

▶️ Bila dah jadi doh, masukkan shortening (atau mentega/marjerin).

▶️ Masukkan juga cream super, dan uli doh ni sehingga menjadi elastik.

▶️ Ambil sikit doh dan timbang 45-50 gram. Bulatkan doh ni dan rehatkan dalam 5 minit.

▶️ Kemudian tekan sikit dan leperkan. Tebuk lubang di tengah-tengahnya.

▶️ Buat sampai adunan doh habis, dan perapkan sehingga kembang.

▶️ Kemudian bolehlah goreng.

▶️ Lepas goreng, toskan. Salutkan dengan gula atau apa-apa topping yang anda suka.

▶️ Dah siap. Boleh dimakan sekeluarga!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Tepung Gomak Sedap Dan Simple. Lembut Dan Manis Di Dalam Dan Berdebu Di Luar!

 

Mudah je kan cara buat dout ni sebenarnya. Jangan risau tengok bahan yang banyak dari biasa tu. Kalau nak ikutkan ada je yang boleh diskip contohnya tepung susu tu.

Kalau hanya guna 1 jenis tepung je pun iaitu tepung gandum, donut masih menjadi. Janji bahan asas lain ada seperti yis, serbuk penaik, mentega, gula, garam, dan air. Cara uli doh pun kena betul.

Nanti bolehlah cuba buat donut sendiri gunakan cara buat donut gebu dan lembut yang dikongsikan ni. Boleh buat untuk hidangan keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.