pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Karipap Inti Bergedil. Sedap Rupanya Buat Inti Bergedil. Banyak Bahan Dan Lebih Padat.

0 4,513

Tahu tak karipap ni sebenarnya kalau letak inti bergedil rasanya lebih sedap? Sebenarnya tak pelik sangat pun sebab bergedil ni selalu sangat kita makan kan? Cuma lebih puas kalau makan sebagai inti karipap yang digoreng garing kulitnya.

Lagi pun kalau selama ni makan karipap inti kentang atau ayam, bahan dan ramuannya tak banyak. Bergedil ni boleh letak pelbagai bahan yang digemari. Boleh buat isi padat-padat. Barulah puas untuk dinikmati.

Selain karipap bergedil, ada juga buat popia bergedil. Berbeza rasanya dengan karipap sebab kerangupan kulit popia ni lain sikit dengan kerangupan karipap. Tapi kedua-duanya sedap. Bahan-bahan untuk inti bergedilnya sama sahaja.

Kalau anda buat inti bergedil lebih, bolehlah buat versi karipap dan juga versi popia sekali. Resepi karipap inti bergedil ni dikongsikan oleh Nana Ereena.

Makan macam tu je pun dah sedap. Tapi kalau cicah dengan sambal kicap lagi enak rasanya. Sesuai buat hidangan minum petang sekeluarga.

 

RESEPI KARIPAP INTI BERGEDIL

Cara nak buat kulit karipap ni ada tipsnya. Yang paling penting ialah masukkan minyak dan juga marjerin yang telah dipanaskan ke dalam adunan tepung sebelum uli. Barulah dapat hasil kulit karipap yang sedap dan rangup. Sebelum buat kulit karipap, siapkan dulu inti bergedil.

Bahan untuk inti bergedil:
  • 4 biji kentang (goreng dan lecek sehingga lumat)
  • Bawang goreng (ditumbuk)
  • Ikan bilis (digoreng dan tumbuk)
  • Daun sup (dicincang)
  • Lobak merah (sagat halus)
  • Cili padi (dicincang)
  • Lada hitam (ditumbuk halus)
  • Garam secukupnya
Cara membuatnya:

▶️ Mudah je buat inti ni. Hanya satukan je kesemua bahan dan gaulkan sebati. Ketepikan.

Bahan-bahan kulit karipap:
  • ¼ cawan minyak
  • 1 sudu besar marjerin
  • (Kedua-duanya dipanaskan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 cubit garam

Cara buat adunan kulit karipap:

▶️ Mula-mula panaskan minyak masak dan juga marjerin.

▶️ Satukan kesemua tepung dan juga garam dalam 1 besen.

▶️ Kemudian tuang minyak dan marjerin panas tadi ke dalamnya.

▶️ Gaul rata menggunakan senduk.

▶️ Seterusnya tuangkan air sejuk (ais) secukupnya ke dalam adunan.

▶️ Masukkan sikit-sikit dan uli sehingga menjadi doh.

▶️ Setelah uli, rehatkan sekejap dalam 30 minit.

▶️ Kemudian canaikan doh dan letakkan inti bergedil. Lepas tu kelim kulitnya.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng karipap sehingga masak dan warna keperangan.

 

BACA JUGA: Karipap Inti Cendawan Cheese Sedap Bak Kayangan. Cuba Dulu, Mesti Tak Cukup Sepinggan!

 

▶️ Dah siap boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia dihidang dengan sambal kicap.

Puas hati dapat buat karipap sendiri ni. Kalau beli di kedai kadang-kadang tak memuaskan hati lagi-lagi dapat inti oksigen.

Sebelum ni bergedil buat goreng biasa je. Lepas tu makan dengan soto, mee sup dan sebagainya. Lepas ni bolehlah cuba buat inti karipap pula.

Buat karipap inti bergedil padat-padat memang puas makan. Sama jugala kalau buat inti kentang. Sebab bergedil ni pun menggunakan kentang juga. Kalau anda nak masukkan ayam, daging dan sebagainya pun boleh. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.