Segalanya Tentang Makan..

Cara Mudah Buat Kuih Bakar Yang Lembut Dan Manis Berlemak. Harum Wangi Aroma Pandan.

0 8,721

Bila nampak je kuih bakar lembut dan sedap ni terus terliur kan. Antara kuih tradisional yang sampai sekarang masih digemari. Macam mana tak tergoda. Lihatlah tekstur kuihnya yang lembut dan gedik-gedik tu. Itu belum masuk mulut lagi. Sekali makan, terasa melting dalam mulut.

Kalau orang dulu-dulu buat kuih ni memang tradisinya dimasak atas dapur arang. Memandangkan sampai ke zaman sekarang kuih ni tetap diminati, bermacam-macam caralah orang buat untuk mudah memasaknya. Ada yang masak atas dapur gas. Ada juga bakar dalam microwave.

Malah ada juga yang menggunakan air fryer. Ikut keselesaan masing-masing. Rasanya mungkin sikit berbeza ikut cara kita membakarnya. Tapi selagi tak lari dari rasanya yang manis, lembut, berlemak, dan wangi, apa salahnya masak dengan pelbagai cara asalkan mudah dan kena dengan citarasa.

Selain kuih bakar, ada juga yang menggelarnya kuih bingka atau kuih bengkang. Bahan-bahan semuanya sama, namun cara hidangan ada kalanya nampak sedikit berbeza, baik dari segi bentuk mahupun bahan tambahan.

Kuih bingka selalunya ada ditaburkan biji bijan, namun kuih bakar selalunya tidak. Saiz bentuknya juga berbeza mengikut acuan atau loyang. Tak mahu membuang masa lagi, jom lihat perkongsian resepi dari Noor Irmazai Juhari ni.

 

RESEPI KUIH BAKAR

Nak buat kuih ni sebenarnya mudah je. Hanya perlu sebatikan bahan-bahan dan lihat kepekatan adunannya. Perlulah tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Asal cantik sebati adunan dengan warna kepekatan pandannya tu, kira jadilah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air pandan
  • ½ cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 7 sudu minyak masak
  • Secubit garam
Cara buat kuih bakar lembut sedap:

▶️ Campurkan kesemua bahan di atas dalam blender.

▶️ Kemudian kisar sehingga sebati dan halus.

▶️ Sediakan acuan sesuai. Resepi ni gunakan acuan bekang. Ada juga yang gunakan acuan kuih cara. Ikut mana acuan yang ada.

▶️ Kemudian masakkan atas dapur dengan api kecil atau sederhana.

▶️ Tutup acuan dengan penutup periuk untuk masak sekata.

▶️ Boleh check dasar kuih dengan sungkitkan tepi kuih dengan garpu. Dah nampak garing cantik, boleh angkat.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Bingka Jagung Sedap Dan Lembut. Kuih Tradisional Legend Kegemaran Ramai!

 

▶️ Sedia dihidangkan.

Kalau anda gunakan air fryer, boleh bakar dengan suhu 180/40. Kemudian boleh tambah lagi 180/10 untuk bagi garing bahagian atasnya. Semuanya bergantung juga pada air fyrer masing-masing.

Bila buat kuih ni memang mengimbau kenangan kita membuatnya dengan orang tua di kampung. Tiap kali bulan puasa tak kan terlepas nak menjamunya. Cukup kena dengan selera, lebih-lebih lagi dengan bau pandannya tu.

Sebabkan mudah je nak buat, lepas ni bolehlah buat kuih bakar lembut dan gedik-gedik ni selalu untuk hidangan minum petang. Hilang sikit kerinduan nak membuatnya seperti di kampung halaman dulu. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.