https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Bingka Buah Sawit Paling Sedap, Lembut Dan Berlemak Wangi. Rugi Tak Cuba!

0 3,416

Kalau duduk dekat kampung atau felda, selalu dengar orang-orang kampung buat kuih bingka buah sawit ni. Sebab buah sawit mudah nak dapat di sana. Kalau kat bandar agak susah nak dapat. Kalau anda pernah makan, taulah macam mana rasa kuih ni. Sedap, lembut dan berbau wangi. Cara buat kuih bingka buah sawit ni mudah je.

Sama juga dengan cara buat bingka lain seperti bingka ubi, bingka labu, bingka pandan atau segala jenis bingka. Cuma gantikan dengan buah sawit yang dah masak ranum. Rasanya sangat sedap, lemak manis, wangi semerbak dan lembut selepas dibakar.

Kalau anda jumpa buah sawit atau dapat beli dari mana-mana, buatlah buat bingka buah sawit ni dan rasa sendiri keenakannya. Cara buat kuih bingka buah sawit ni boleh rujuk melalui perkongsian resepi Ami Hamzah Hj Ahmad ni.

Bahannya ringkas je, tapi sedap dan amat menyelerakan. Boleh buat makan petang dan hidangkan dengan teh o atau kopi panas. Buat seloyang memang cukup makan puas-puas bersama keluarga.

Nak buat bingka ni hanya blender atau kisarkan bahan je. Cuma perlu mengambil masa sikit untuk mengopek sabut sawit dan buangkan bijinya. Tapi bila dah siap dibakar kuih ni, memang sedap dan puas hati dengan rasa kesedapannya.

 

RESEPI KUIH BINGKA BUAH SAWIT

Untuk resepi ni, buah sawit digunakan sebanyak 2 kilo dan dimasak bersama 4 cawan tepung gandum. Kalau anda gunakan loyang saiz 8 inci, boleh dapat 2 loyang. Tapi kalau gunakan loyang lebih besar, dapat buat 1 loyang.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • Buah sawit masak ranum 2 kilo
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 ½ cawan gula pasir
  • 4 cawan santan pekat
  • Garam 1 sudu teh
  • Esen vanilla 1 sudu teh
  • Bijan

Cara buat kuih bingka buah sawit:

▶️ Mula-mula rebuskan buah sawit dulu sehingga lembut.

▶️ Kemudian kopekkan sabut sawit tu dan keluarkan bijinya dan buang.

▶️ Setelah dah buang semua bijinya, kisar sabut sawit bersama air. Dan jadikan pati air buah sawit sebanyak 5 cawan. Kemudian ketepikan.

▶️ Selepas tu, kisar santan dan gula pula sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit sambil kisarkan adunannya. Pastikan tepung tak berketul-ketul.

▶️ Setelah dah kisar, tuangkan adunan ke dalam besen yang besar. Masukkan kesemua bahan-bahan lain kecuali bijan dan kacau adunan sehingga sebati.

▶️ Sediakan loyang yang dah siap disapukan sedikit minyak. Kalau gunakan loyang 8’’, sediakan 2 buah loyang.

▶️ Kemudian, tuangkan adunan ke dalamnya.

▶️ Bakarkan adunan ni dalam oven selama 30 minit dulu dengan gunakan api atas bawah. Setelah dah 30 minit, keluarkan dan taburkan biji bijan.

▶️ Kemudian sambung bakar semula lagi 30 minit dengan suhu yang sama dan gunakan api atas bawah.

▶️ Selepas 30 minit ni, tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 20 minit.

▶️ Dah siap, keluarkan dari oven.

▶️ Tunggu sejuk sikit dulu baru dipotong.

▶️ Sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Bingka Jagung Sedap Dan Lembut. Kuih Tradisional Legend Kegemaran Ramai!

 

Wahh, lepas je bakar terus wangi semerbak satu rumah dengan bau kuih buah sawit ni. Sangat sedap dimakan sebab tekstur kuihnya lembut dan penuh berlemak. Kalau makan waktu kuih ni masih suam-suam, lagi nikmat rasanya.

Rasa kuih bingka ni memang tak ada tandingan berbanding kuih tradisional yang lain. Antara kuih yang mudah penyediaannya, dan rasa begitu sedap, lembut, berlemak dan wangi. Memang wajib kita belajar buat kuih ni untuk jadikan hidangan keluarga dan tetamu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.