Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Bom Bijan Lembut Dan Sedap. Mudah, Ikut Sukatan Cawan.

0 3,448

Teringat orang tua dulu-dulu suka buat kuih bom bijan ni. Sekarang ni kat gerai kuih pun jarang dah ada kuih ni. Biasanya kuih ni jadi kegemaran sebab teksturnya yang lembut, biji bijan di luar yang garing dan inti yang manis.

Sebenarnya mudah je cara buat kuih bom bijan yang lembut dan sedap. Resepi yang dikongsikan oleh Zura Zul ni gunakan 3 jenis tepung. Bancuh dengan bahan-bahannya yang lain sampai jadi doh yang sekata. Tak terlalu lembik dan tak terlalu keras.

Kalau anda perasan tekstur kuih bom ni kelembutan dia tak sama macam kuih lain. Lembut-lembutnya tu ada kenyal sikit. Sedap digigit lagi-lagi disalut pula dengan biji bijan yang digoreng garing.

Makan panas-panas baru lepas digoreng memang sedap. Inti kena cukup rasa lemak manisnya. Buat minum petang dengan hidangan kopi panas nikmat tak terkata rasanya.

Selalunya kuih bijan yang dijual warna putih je. Kali ni kalau nak kelainan sikit, campurkanlah dengan bijan hitam sekali. Nampak menarik juga. Tapi kalau anda nak buat warna putih je pun boleh.

 

RESEPI KUIH BOM BIJAN

Ramai yang tanya macam mana nak elak gorengan kuih ni meletop dalam kuali. Sebenarnya bila ada campuran keledek atau kentang, gorengan tak akan meletup. Goreng dengan api perlahan dulu. Bila kuih dah timbul atas permukaan minyak baru kuatkan api.

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung pulut
  • ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu gula
  • 1 ½ cawan air (tuang sikit-sikit)
  • 1 cawan atau lebih dari 1 cawan ubi keledek atau kentang (rebus dan lenyekkan)
  • Bijan putih dan hitam secukupnya
Cara buat adunan tepung:

▶️ Mula-mula satukan kesemua bahan dalam satu bekas/besen kecuali bijan.

▶️ Masukkan air sikit demi sedikit sambil uli.

▶️ Uli sampai jadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Agak-agak boleh bulatkan.

▶️ Ambil adunan dan bulatkan jadi saiz sederhana besar. Ikut standard kuih bom bijan.

▶️ Leperkan sedikit dan masukkan inti ikut nak banyak mana. Tapi biarlah sepadan.

▶️ Kemudian bulatkan semula.

▶️ Golekkan/salut atas biji bijan. Kepal-kepal sikit supaya kemas dan bijan melekat elok.

▶️ Buat sampai adunan habis.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Dan goreng dengan api yang perlahan.

▶️ Bila kuih dah timbul, baru kuatkan sikit api. Kuih tak akan meletup sebab dah ada campuran keledek atau kentang.

▶️ Golek-golekkan. Dah masak keperangan, boleh angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan inti:
  • ½ biji kelapa parut putih
  • 1 cawan air bancuhan gula merah
  • 5 sudu gula
  • Sedikit tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan disimpulkan
Cara buat inti:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam kuali/pan kecuali tepung.

▶️ Masak sampai hampir kering dengan api yang sederhana.

▶️ Akhir sekali baru masukkan sedikit tepung untuk pekat sikit dan kacau sebati.

 

BACA JUGA: Cara Buat Burger Malaysia Lembut Dan Sedap. Dapat Sekali Banyak! Memang Puas Hati.

 

▶️ Dah siap, boleh angkat.

Mudah je kan nak buat kuih bom bijan ni sebenarnya. Bahan ringkas dan nak ulinya pun mudah. Kalau beli kat kedai kadang-kadang sebiji kuih ada yang 50 sen ke atas.

Buat sendiri ni berbaloi boleh buat sekali banyak, buat minum petang. Makan sampai puas. Kalau nak goreng garing atau kurang garing terpulang ikut selera masing-masing.

Biasanya kuih bom bijan yang sederhana besar lebih puas makan. Lepas tu buat inti lebih sikit. lagi bertambah sedap. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.