Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Koci Lemak Manis, Sedap Dan Lembut. Resepi Paling Simple Dan Mudah Je Cara Buatnya!

0 1,453

Pada sesiapa yang suka makan kuih muih kampung, mesti salah satu kuih kegemaran anda ialah kuih koci kan. Kuih koci ni antara kuih tradisional melayu yang tak akan pupus dan amat digemari disebabkan kesedapan dan rasa lemak-lemak manisnya. Lagi-lagi kalau makan waktu baru lepas dikukus. Cara buat kuih koci lemak manis dan sedap ni sebenarnya mudah je.

Kuih ni diperbuat dari tepung pulut yang diisikan dengan inti kelapa manis. Kemudian dibalut dengan daun pisang dan dikukus. Sebab tu sedap dimakan sebab ada aroma wangi daun pisang. Tekstur kuihnya pula lembut-lembut kenyal, dan amat sedap bila dinikmati dengan inti kelapa manis tu.

Perkongsian kali ni ialah resepi kuih koci sedap dan mudah yang dikongsikan oleh Salina Ismail. Berbeza dengan kebanyakan resepi lain, untuk resepi ni simple je sebab tak dituangkan santan leleh ke dalam daun pisang sebelum dikukus. Kedua-dua versi ni sebenarnya sedap dan amat diminati.

Untuk bahagian tepungnya tu pula, adunan dohnya bukan semata-mata tepung pulut sahaja. Ianya juga boleh dipelbagaikan, contohnya campurkan dengan tepung pulut hitam atau pun dengan buah labu. Sebab tu ada yang kuih koci yang tepungnya bewarna kelabu atau ungu dan juga warna kuning oren.

Namun untuk resepi ni, adunan tepung pulutnya dicampur dengan air daun pandan yang dikisar. Dengan bau daun pandan asli, kuih koci ni akan lebih wangi dan rasa pandannya pun lebih sedap dan menyelerakan.

 

RESEPI KUIH KOCI

Ada sesetengah orang yang buat doh adunan tepung pandan ni, mereka gunakan esen pandan atau pandan emulco. Tapi kalau anda nak rasa kesegaran perisa pandan asli, sebaiknya blend daun pandan untuk dapatkan perisanya. Rasanya lebih enak, malah warna hijau tu nanti lebih cantik dan lembut.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung pulut 500 gram
  • Daun pandan 10 helai
  • Sedikit air (bancuhan ke dalam tepung)
  • Garam sedikit
  • Kelapa parut 500 gram
  • Gula (ikut tahap manis yang anda mahu)
  • Minyak masak sedikit
  • Daun pisang (layurkan atas dapur)

Cara buat kuih koci lemak manis dan lembut:

▶️ Mula-mula potong daun pandan kecil-kecil dan kisarkan sehigga hancur.

▶️ Kemudian tapis dan ambil airnya sahaja.

▶️ Masukkan air daun pandan ni ke dalam tepung pulut.

▶️ Tambahkan sedikit air ke dalam adunannya.

▶️ Kemudian uli-uli sehingga tepung tu menjadi doh yang tak melekat di tangan.

▶️ Masukkan sedikit garam.

▶️ Selepas tu rehatkan doh sekejap dalam 10 minit.

▶️ Sementara tengah rehatkan doh, masak dulu inti kelapa.

▶️ Caranya, masukkan gula ke dalam kelapa parut dan masakkan atas api. Ikut suka nak letak gula banyak mana ikut tahap manis anda suka.

▶️ Masak sehingga warna inti kelapa ni keperangan.

▶️ Sediakan minyak masak sikit untuk mudah bentukkan kuih dan masukkan inti.

▶️ Bentukkan kuih membulat dan penyekkan untuk masukkan inti. Kemudian tutup doh tepung dan bentukkannya membulat.

▶️ Masukkan ke dalam daun pisang yang dah siap dilayur.

▶️ Ini cara balut kuih koci ikut style dulu-dulu. Zaman sekarang ni orang letakkan je kuih atas daun pisang, kemudian lipatkan macam mana buat nasi lemak bungkus. Ikut cara mana anda selesa.

▶️ Selepas tu susunkan ke dalam periuk pengukus.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Sedap Dan Lembut. Cair Di Mulut!

 

▶️ Dan kukus dalam 10 minit atau sehingga masak.

▶️ Dah siap. Sedia dijamah!

Kalau dapat makan kuih koci yang baru je lepas dimasak, makan panas-panas tu memang sedap dan amat menyelerakan sebab kuihnya masih betul-betul lembut dan kenyal. Selalunya kita risau kan nak buat kuih koci sendiri ni sebab ingatkan susah nak buatnya.

Rupanya ada cara mudah dan menggunakan bahan yang sedikit je. Lepas ni bolehlah buat selalu untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.