Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Peneram Lembut Di Dalam Rangup Di Luar. Perap Lebih Lama Lagi Sedap Dan Lembut!

0 17,868

Tentu ramai yang suka kuih peneram ni kan? Antara kuih tradisional yang digemari. Tapi kuih ni kira takut-takut juga kita nak buat sebab kalau salah bancuhan adunannya, kuih jadi keras. Mungkin ramai tak tau tips penting untuk dapatkan kuih peneram yang lembut di dalam dan garing di luar.

Menurut resepi yang dikongsikan oleh Lyzz Layana ni, adunan kuih ni lepas je dibancuh sebaiknya perap sekurang-kurangnya 4 jam. Tapi kalau lagi lama diperap contohnya semalaman, adunan akan lebih likat dan senang nak dicanaikan.

Barulah kuih akan naik cantik dan lembut bila digoreng. Mudah je nak buat kuih peneram ni rupanya. Hanya perlukan 5 bahan yang disebatikan, dan selebihnya hanya perlu perap dan goreng. Tak perlu nak uli beriya-iya.

Puas hati dengan rasanya yang sedap, manis-manis dan lembut. Sesuai makan santai-santai buat minum petang. Buat lebih sikit boleh hulur-hulur pada jiran sebelah.

Lagilah musim pkp ni mesti para ibu nak cari idea buat kuih sedap-sedap untuk keluarga. Boleh cuba buat kuih peneram ni.

 

RESEPI KUIH PENERAM

Kuih ni selain dipanggil kuih peneram, ada juga menggelarnya kuih denderam, kuih benderang dan sebagainya. Nama pun dah dekat-dekat, mungkin sebab dah terlalu ramai yang menyebutnya. Kalau perasan, kuih ni diilhamkan dari masyarakat India. Selalu nampak mereka hidangkan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 cawan tepung beras cap gajah 3
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
Cara buat kuih peneram:

▶️ Satukan tepung beras dan tepung gandum dalam satu mangkuk.

▶️ Masak gula merah dan gula pasir dengan sedikit air di dalam kuali. Kacaukannya sampai gula hancur.

▶️ Kemudian tapis bancuhan air gula ni.

▶️ Dalam keadaan air gula masih panas, masukkan ke dalam campuran tepung tadi.

▶️ Gaulkan sekata sampai tak ada ketulan tepung.

▶️ Kemudian masukkan dalam bekas bertutup.

▶️ Perap sekurang-kurangnya 4 jam. Tapi kalau semalaman lagi baik.

▶️ Lepas perap, letakkan doh atas meja atau papan landas untuk dicanaikan.

▶️ Tapi sebelum tu alas meja dengan plastik dan sapukan dengan sikit minyak pada plastik tu.

▶️ Canaikan tak perlu tebal sangat. Dalam 1 cm dah okay.

▶️ Tekap adunan guna acuan lompang. Di bahagian tengah boleh lubangkan dengan chopstick atau gulung benang. Namun kalau ada acuan donut boleh gunakan terus.

▶️ Pastikan acuan lompang dan chopstick pun disapukan minyak supaya tak melekat.

▶️ Sebelum nak tekapkan acuan ni, lebih baik panaskan minyak siap-siap. Sebab lepas tekap acuan, terus ambil adunan dan goreng terus dalam minyak yang panas.

▶️ Goreng dengan api yang perlahan sebab kuih ni cepat hangus.

▶️ Kuih akan menggelembung naik.

▶️ Bila dah naik dan warna coklat pekat, boleh angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Tepung Gomak Sedap Dan Simple. Lembut Dan Manis Di Dalam Dan Berdebu Di Luar!

 

▶️ Sedia dihidang dan nikmatinya bersama keluarga.

Nak buat kuih peneram ni, yang penting ialah sukatan bahan dan cara kendalikan adunannya. Untuk sukatan, pastikan gunakan cawan yang sama.

Dan adunan pula jangan terlampau lebih tepung atau terlebih air. Cukup sekadar adunan jadi lembut. Bila ceduk dengan senduk, adunan jatuh bertali.

Nak dapatkan kuih peneram yang lembut di dalam dan garing di luar ni, kena pandai lihat adunannya sama ada tekstur lembutnya tu tepat atau tak. Semoga resepi ni bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.