Warning: fopen(/tmp/9cc4daac8c03eb2861ef05a367461da2-QR0kZA.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/9cc4daac8c03eb2861ef05a367461da2-QR0kZA.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Sarang Labah-Labah Rangup Dan Sedap. Resepi Untuk Perisa Coklat Dan Pandan!

0 1,329

Sekali pandang nampak macam roti jala. Tapi ni bukan roti jala. Kuih ni dipanggil sarang labah-labah. Boleh rasa kelainannya berbanding kuih lain. Nak panggil sejenis kerepek pun bukan juga. Cara buat kuih sarang labah-labah ni lebih kurang buat roti jala juga.

Cuma bancuhan tepungnya termasuk sekali tepung ubi dan tepung beras. Dan lepas goreng perlu biarkan betul-betul kering dulu baru digulungkan. Kalau roti jala memang dimasak lembik. Itu beza antara kedua-dua juadah ni.

Sarang labah-labah ni kuih yang garing dan boleh dibuat pelbagai perisa. Untuk hari ni resepi yang saya nak kongsikan ialah cara buat kuih sarang labah-labah untuk 2 perisa iaitu coklat dan pandan.

Pada anda yang nak cuba, boleh ikut resepi Puan MiszEl Bakri ni sebab simple dan mudah untuk diikuti. Cantik hasil kuih sarang labah-labahnya.

Perisa coklat dan pandan ni pun memang boleh dikatakan favorite semua orang dan sedap dijadikan kuih garing sebegini. Jom kita lihat cara membuatnya.

 

RESEPI KUIH SARANG LABAH-LABAH

Cara buat kuih ni macam buat roti jala juga. Jadi, perlu gunakan juga botol acuan roti jala untuk masukkan adunan ke dalam kuali.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung ubi 3 sudu besar
  • Tepung beras 3 sudu besar
  • Susu cair atau susu segar dalam ¾ cawan (apa-apa brand pun boleh)
  • Gula 2 sudu besar
  • Telur 1 biji
  • Esen vanilla 1 sudu teh
  • Garam 1 sudu teh
  • Milo 4 sudu besar (atau serbuk coklat apa-apa yang anda suka)
  • Perisa pandan 1 sudu teh
  • Minyak 1 sudu besar

Cara buat kuih sarang labah-labah:

▶️ Sediakan bekas yang sesuai untuk bancuhan.

▶️ Kemudian masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, gula, garam dan juga serbuk milo/perisa pandan ke dalamnya.

▶️ Ikut perisa apa yang anda nak buat dulu. Nanti dalam bekas lain, boleh buat bancuhan untuk 1 perisa lagi.

▶️ Gaulkan kesemuanya sehingga sekata.

▶️ Lepas tu masukkan telur dan esen vanilla. Kacau atau gaul supaya sekata lagi.

▶️ Kemudian masukkan susu cair atau susu segar sikit demi sedikit sampai habis sambil menggaul tu.

▶️ Masukkan pula minyak masak dan gaul sehingga sebati.

▶️ Lepas dah sekata, tapis adunan tu dan masukkan dalam acuan botol roti jala.

▶️ Panaskan kuali siap-siap, dan masukkan adunan ke dalam kuali. Corakkanlah adunan kat atas permukaan kuali seperti dalam gambar.

▶️ Adunan tu kena betul-betul kering. Bila dah kering, baru boleh terus gulungkan. Barulah kuih ni rangup.

▶️ Selepas dah siap, masukkan ke dalam bekas kedap udara supaya tak lemau atau masuk angin.

 

BACA JUGA: Cara Buat Putu Bambu Ala Pasar Malam. Mudah Dengan Guna Acuan Je!

 

Kalau buat untuk anak-anak pasti mereka suka. Sebab kuih ni berperisa dan rangup dimakan macam makan snek keropok dan kerepek juga.

Kalau anda nak buat lagi perisa lain pun boleh juga cuba. Ikut citarasa sendiri. Kalau tak ada idea nak buat juadah apa minum petang tu, bolehlah buat kuih sarang labah-labah ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.