Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Serabai Lembut Dan Gebu. Mudah Buat Dalam Acuan. Cicah Apa Pun Sedap.

0 2,556

Anda pernah makan kuih serabai? Sesetengah orang mungkin tak pernah tau atau jarang jumpa. Kuih serabai ni popular dengan rasanya yang lembut dan gebu, selalu dimakan cicah dengan kuah gula melaka, kuah durian mahupun kari.

Simple je rasa kuih ni tapi serius sedap. Walau dah sejuk, sampai ke petang pun kuih ni masih lembut dan gebu. Ada acuan khas untuk buat kuih serabai ni. Anda boleh dapatkan dari kedai alat membuat kek dan kuih.

Atau nak mudah boleh cari di Shopee je. Anda kena ada dapur bakar, acuan dan tudungnya. Tapi kalau anda tak beli acuan ni pun boleh buat dalam kuali kecil. Yang penting nanti kena tutup dan biarkan dia masak dan naik gebu.

Kegebuan kuih ni memang betul-betul terasa. Kalau anda nak cuba buat boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Shazura Shahril ni. Sekejap je masaknya. Cuma yang lama tu bila adunan perlu diperap dulu selama 1 jam.

Resepi ni beliau buat untuk berniaga. Dijamin sedap dan sentiasa cepat licin. Kalau anda buat memang berbaloi dan puas hati.

 

RESEPI KUIH SERABAI LEMBUT GEBU

Kuih ni kalau anda nak rasa berlemak sikit boleh masukkan santan. Disebabkan resepi ni dibuat untuk jualan, tak bolehlah masukkan santan sebab takut cepat rosak dan basi.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan nasi
  • 4 sudu kecil gula
  • Sedikit garam
  • 2 sudu kecil mauripan
  • 2 cawan tepung beras (Apa-apa brand pun boleh. Resepi ni gunakan gajah 1)
  • 2 cawan air (boleh masukkan santan sikit kalau anda nak rasa lemak-lemak sikit. Tapi kalau tak nak pun tak apa)
Cara buat kuih serabai:

▶️ Masukkan kesemua bahan sekali dalam blender, kemudian kisar sehingga sebati.

▶️ Kalau nak senang kisar, masukkan nasi dulu, lepas tu masukkan 1 cawan air. Kisar yang ini dulu.

▶️ Kemudian tu baru masukkan tepung, bahan-bahan lain dan juga baki air.

▶️ Selepas kisar, perap selama 1 jam dalam bekas bertutup.

▶️ Kemudian masukkan adunan dalam acuan, dan bakar sehingga masak.

▶️ Kalau tak ada acuan, bakar dalam kuali kecil pun tak apa. Jangan lupa sapu sikit minyak sebelum bakar. Sebab takut nanti melekat pula.

▶️ Dah siap, boleh hidangkan dengan kuah manis, kuah durian, kari atau sambal. Ikut selera anda.

 

BACA JUGA: Kuih Tiram Atau Kuih Lidah Buaya. Ada Cara Nak Bagi Naik Gebu, Rangup Dan Lembut.

 

Kalau anda guna acuan ni, ½ adunan boleh dapat dalam 4 set kuih. Kalau 1 adunan bermakna boleh dapat dalam 8 set. Banyak hasilnya. Jadi, nanti boleh sukat bahan ikut banyak mana anda nak buat.

Tak rugi pun buat sekali banyak. Seorang mungkin makan berapa keping. Boleh hulur pada jiran-jiran sekali.

Tengok pun boleh buat berselera kan. Bolehlah nanti anda dapatkan bekas acuannya dan buat kuih serabai yang lembut dan gebu ni untuk minum petang. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.