https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

giok77

nexus slot

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Tart Cadbury Lembut Dan Cair Di Mulut. Dengan Bentuknya Yang Cantik! Rugi Tak Cuba.

0 14,144

Walaupun raya dah habis, masih boleh lagi nak buat kuih tart yang sedap menjadi kegemaran ramai ni. Rugi kalau tak buat kuih ni ikut resepi kuih tart cadbury yang sedap, lembut dan cantik bentuknya yang dikongsikan oleh Mas Ayu Legacy ni.

Buat untuk jadikan kudap-kudapan di rumah sambil berehat santai tu. Confirm cepat habis sebalang kalau buat kuih tart cardbury ni. Bayangkan kuih yang lembut cair di mulut dilengkapi dengan inti coklat Cadbury. Bila masuk mulut boleh terbuai-buai dengan rasa keenakannya.

Resepi ni nampak menarik sebab bentuk kuih tartnya yang dibuat cantik dan sekata. Setiap satu kuih diletakkan satu ketul coklat bar dan kemudian dtutupkan dengan satu adunan tart yang sama. Bila potong seketul-seketul, nampak cantik dan sama bentuknya.

Boleh dikatakan sesuai juga kalau dibuat berniaga. Nak buat kuih tart ni mudah je. Asalkan sukatan bahannya betul supaya hasil kuih nanti lembut dan tak mudah rapuh.

Kalau ditanya nak buat gunakan coklat lain boleh ke. Sebenarnya Cadbury ni rasanya lebih sedap dan kadar manisnya mungkin tak sama dengan coklat lain. Tambahan lagi tekstur coklat sedang elok dah.

 

RESEPI KUIH TART CADBURY

Syarat nak buat kuih tart Cadbury ni, coklatnya perlulah disimpan dalam peti sejuk dulu sebelum mula buat kuih. Bila nak guna baru keluarkan. Jangan letak di dalam suhu bilik sebab coklat akan cepat mencair.

Bahan-bahannya:
  • 250 gram butter
  • 50 gram gula ising (kalau nak manis lagi boleh tambah. Tapi coklat nanti akan beri rasa manis dah)
  • 1 biji telur kuning
  • 30 gram tepung kastard
  • 30 gram tepung jagung
  • 300-350 gram tepung gandum (masukkan sikit-sikit sampai doh lembut dan mudah nak tekan dalam acuan nanti)
  • Coklat Cadbury

Cara buat kuih tart Cadbury:

▶️ Sediakan besen yang sesuai.

▶️ Masukkan butter dan gula aising dan pukul menggunakan whisk. Jangan pukul terlalu lama. Cukup sekadar sebati.

▶️ Kemudian masukkan kuning telur.

▶️ Masukkan juga pewarna kuning dan kacau rata.

▶️ Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.

▶️ Gaul sebati dan adunkan sehingga menjadi doh yang lembut.

▶️ Masukkan adunan dalam acuan tart.

▶️ Dan picitkan adunan memangjang macam ni di atas dulang bakar.

▶️ Susunkan coklat Cadbury seketul-seketul.

▶️ Kemudian picitkan adunan di atas coklat macam ni pula.

▶️ Potong adunan dengan jarak yang ada renggang sikit.

▶️ Kemudian boleh bakar pada suhu 170’c selama 25 minit atau ikut oven masing-masing.

 

BACA JUGA: Resepi Strawberi Swiss Tart Mudah Guna Acuan Semperit Je. Sedap Berlemak!

 

▶️ Dah siap. Simpan dalam bekas bertutup.

Perlu ingat ya, Cadbury perlulah disimpan dalam peti ais. Bila nak guna baru keluarkannya. Kalau tak disejukkan atau dibiar lama di luar, masa bakar coklat boleh mencair.

Kuih tart ni kalau makan panas-panas baru lepas dibakar lagilah sedap. Sebab waktu tu lagi cepat kuihnya mencair dalam mulut.

Bila lama-lama duduk rumah ni, terasa craving nak makan kuih yang sedap, manis dan lembut kan. Kuih tart cardbury ni boleh jadi pilihan anda sebab bukan je sedap, malah nak buatnya pun mudah!

Leave A Reply

Your email address will not be published.