Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Lempeng Lembut Dan Sedap. Bahan Paling Simple. Cicah Dengan Sos Cili Je.

0 9,005

Sekarang ni musim hujan kalau dapat makan lempeng panas-panas buat minum petang sedap juga. Kalau lempeng ni macam-macam cara masak yang orang suka makan. Ada yang suka garing, ada yang suka lembut macam pancake. Lempeng yang lembut ni sedap juga kalau cicah dengan sos cili.

Kalau ada sambal ikan bilis pun lagilah layan. Mau makan berkeping-keping sorang. Resepi lempeng lembut yang dikongsikan oleh Nur Balqis ni antara yang sedap dan mudah anda boleh buat. Teksturnya sangat lembut, dah macam kuih gulung.

Tak banyak bahan pun yang diperlukan. Ada tepung, telur, dan bahan lain seperti kucai, daun bawang dan cili pun dah cukup sedap. Kucai dan daun bawang tu buatkan wangi je adunan tepung tu nanti.

Cuma terpulanglah pada anda suka pedas atau tak. Kalau tak suka, boleh kurangkan atau tak letak langsung cili. Yelah, sesuai untuk anak-anak yang nak makan sama.

Makan panas-panas dengan teh atau kopi cukup sedap dan menyelerakan. Nak lebih cantik dan wangi lagi, boleh masukkan serbuk kunyit sikit. Elok je kejadiannya nanti.

 

RESEPI LEMPENG LEMBUT SEDAP

Nak buat kuih atau lempeng yang lembut ni sebaiknya gunalah tepung gandum cap bunga ros. Sesuai untuk jenis kuih. Jadi, pasti sesuai juga nak buat lempeng. Dalam resepi ni tak nyatakan sukatannya. Boleh agak-agak kepekatakan adunan anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum (cap bunga ros)
  • 1 biji telur
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Air
  • Daun kucai
  • Daun bawang
  • Cili besar
Cara buat lempeng lembut:

▶️ Mula-mula racik kecil-kecil daun kucai, daun bawang dan cili besar. Ketepikan.

▶️ Kemudian masukkan tepung gandum, telur, serbuk kunyit, garam dan air ke dalam blender.

▶️ Boleh agak-agak kuantitinya. Tapi pastikan adunan nanti tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

▶️ Kalau pekat sangat nanti masukkan air. Kalau cair pula, boleh adjust dengan tepung.

▶️ Lepas dah kisar sebati, masukkan adunan tepung ni dalam mangkuk yang sesuai.

▶️ Masukkan kucai, daun bawang dan cili yang telah diracik halus tadi. Kacau sehingga sebati.

▶️ Sedia untuk dilempengkan.

▶️ Panaskan sikit minyak dalam kuali/pan.

▶️ Lempengkan atas kuali.

▶️ Dah masak, angkat dan letakkan atas pinggan.

▶️ Gulungkan seperti dalam gambar.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Jom Minum Petang Apam Lenggang Lembut Dan Lemak Manis. Syok Makan Panas-Panas!

 

Makan dengan sambal tumis ikan bilis sedap, dengan sambal sardin mahupun rendang pun enak. Sedap lempeng ni dengan lembut dan lemak wanginya.

Untuk bahan tambahan tu sebenarnya terpulang pada anda. Kalau nak gantikan bahan lain dengan kucai pun boleh. Sama juga dengan bahan lain tu. Itu ramuan ikut tekak masing-masing.

Janji lempeng ni lembut dan sedap, tak kira makan dengan apa pun.  Petang ni bolehlah mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.