Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Ubi Getuk Lembut, Garing Dan Sedap. Senang Je Rupanya Nak Buat.

0 10,332

Ubi getuk ni jarang ada dijual kan. Kat kawasan kampung sendiri pun kadang-kadang dah tak banyak ada. Mungkin ubi kayu sekarang ni dah tak ramai yang tanam. Yang dijual pun boleh tahan mahal. Apa kata beli sikit ubi kayu dan buat sendiri ubi getuk lembut, garing dan sedap ikut resepi ni.

Puas hati dapat buat ikut citarasa dan banyak mana pun. Budak zaman sekarang mungkin tak pernah makan kuih ni. Kuih ni antara kuih legend juga dan sangat sedap. Dengan tekstur yang lembut dan sirat-sirat ubi kayu dalam isi kuih.

Campur pula kelapa parut yang berlemak dan gula yang memaniskannya, itu yang buatkan sedap sangat rasa kuih ubi getuk ni. Goreng sepinggan untuk makan sekeluarga belum tentu cukup.

Kalau anda nak cuba buat, jom ikut resepi ubi getuk lembut dan sedap yang dikongsikan oleh Zaba Kuching ni. Mudah dan cepat je caranya.

Nak buat ubi getuk ni ada 2 bancuhan yang perlu anda sediakan. Satu ialah bancuhan ubi getuk tu sendiri, dan satu lagi ialah adunan yang akan dicelupkan sebagai kulitnya sebelum digoreng.

 

RESEPI UBI GETUK LEMBUT DAN GARING

Ubi getuk ni kalau goreng kulitnya lebih garing lagi sedap. Bila gigit, terasa kerangupan kulitnya. Makan pula panas-panas baru lepas digoreng, memang puas.

Bahan-bahan A:
  • 1 kilo ubi kayu (rebus, lenyekkan dan campurkan sikit garam)
  • ½ cawan gula atau ikut citarasa
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan B:
  • ½ cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak panas dari kuali
Cara buat ubi getuk:

▶️ Mula-mula potong ubi kayu kecil-kecil dan buang kulitnya.

▶️ Kemudian rebus hingga empuk. Masukkan sikit garam.

▶️ Lepas dah empuk, masukkan ubi kayu dalam bekas besar atau besen.

▶️ Lenyekkannya sehingga hancur kesemuanya.

▶️ Kemudian masukkan semua bahan A dan gaul sekata.

▶️ Bulat-bulatkan adunan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali siap-siap. Lepas tu buat bancuhan B.

▶️ Satukan kesemua bahan B.

▶️ Lepas tu masukkan sikit demi sedikit air sehingga jadi bancuhan yang tak berapa cair dan tak berapa pekat.

▶️ Celupkan adunan yang dibulatkan tadi ke dalam bancuhan B dan masukkan dalam minyak yang panas.

▶️ Biarkan keras-keras sikit kulitnya dan balik-balikkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Goreng Pisang Paling Rangup Krup Krap. Tak Perlu Tepung Beras Dan Telur Pun.

 

▶️ Goreng sampai garing, kemudian angkat dan toskan.

▶️ Sedia dihidangkan dengan teh’o atau kopi panas.

Sedap makan kuih ni panas-panas waktu baru lepas goreng sebab masih rangup dan garing kulitnya. Kalau dulu selalu makan kat kampung, mesti sekarang terasa rindu kan?

Dah selalu sangat makan goreng pisang atau cucur. Sekali-sekali nak buat kuih ubi getuk ni pun sedap juga. Apa lagi, bolehlah cari ubi kayu dan terus bancuh adunan buat minum petang.

Tak susah pun sebenarnya. Ikut resepi ni insya Allah boleh dapat hasil ubi getuk yang lembut, garing dan sedap untuk dinikmati sekeluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.