Segalanya Tentang Makan..

Cekodok Stick Unik, Sedap. Ikut Step Ni Satu Persatu. Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam!

0 1,351

Selalunya nak buat cekodok sedap ni kena berasa ramuannya, rangup di luar dan lembut di dalam. Tapi kali ni pakej sekali dengan cekodok dalam bentuk stick. Makan jadi kudapan yang sedap rangup krup krap tapi masih lembut di dalamnya. Unik kan?

Perkongsian resepi ni dari Azni Achik. Bolehlah jadikan idea minum petang untuk anak-anak anda. Fuhh, sedap sangat rasanya, tambah lagi cicah dengan sos cili pedas. Bahan-bahan ramuan dalam cucur ni pun bukan biasa-biasa tau.

Boleh masukkan apa je bahan yang anda suka walaupun bentuk cekodoknya macam kecil halus je. Bahan-bahan boleh dipotong dadu kecil-kecil atau dihiris. Jadi, tak ada masalah pun nak letak bahan apa yang anda suka.

Cara bancuhan cekodok ni tak sama tau macam anda bancuh cekodok sebelum ni. Bahan adunan tepungnya dimasak atas api. Baru kemudian dibentukkan jadi stick. Lepas tu goreng dalam minyak panas.

Lebih sikilah step dari buat cekodok biasa. Tapi berbaloi kalau anda cuba sebab sangat sedap. Jom lihat stepnya satu persatu.

 

RESEPI CEKODOK STICK

Anda kena asingkan bahan-bahan tepung dan bahan penambahan lain dalam cucur. Bahan tepung perlu dimasak dulu. Kemudian baru gaulkan dengan bahan-bahan lain.

Bahan adunan tepung:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil Maggi cukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
Bahan ramuan yang dipotong dadu/dihiris:
  • 1 batang sosej
  • 1 pokok daun sup
  • 3 tangkai cili kering (buang bijinya siap-siap)
  • 2 hiris lobak merah
  • 2 biji bawang merah
Cara buat cekodok stick:

▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan adunan tepung ke dalam periuk kecuali tepung gandum.

▶️ Masakkan sehingga mendidih.

▶️ Lepas tu baru masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan senduk kayu.

▶️ Bila dah nampak adunan macam berketul-ketul, boleh padamkan api.

▶️ Kemudian sambung kacau lagi sehingga adunan jadi doh. Rupanya nanti dah macam ala-ala nak buat creampuff tu.

▶️ Dah sudah, keluarkan doh dan masukkan ke dalam bekas lain.

▶️ Masukkan bahan yang telah didadu dan dihiris tadi dan gaulkan sebati. Adunan akan nampak liat sikit. Gaul sikit-sikit je.

▶️ Bila doh dah suam-suam, baru boleh pegang dan uli sekejap untuk bagi bahan dadu tadi masuk dalam doh.

▶️ Bulat-bulatkan doh kepada 3 bahagian (kalau nak buat bentuk segi empat pun boleh).

▶️ Sediakan alas untuk gelek adunan dan 1 plastik untuk alas atas doh.

▶️ Ambil seketul doh, lapik plastik atasnya. Dan gelekkan sehingga leper. Jangan gelek nipis sangat pula.

▶️ Potong dan kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segi empat.

▶️ Kemudian potong memanjang dan gentel atau gelek dengan kedua-dua belah jari. Sehinggalah jadi macam keropok lekor.

▶️ Ulang sampai doh habis.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga masak.

▶️ Dah garing, angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Ada Nasi Lebih Semalam, Jom Buat Jemput-Jemput Nasi Untuk Sarapan Pagi. Rangup Dan Sedap!

 

▶️ Sedia dimakan dengan sos cili pedas.

Tengok hasilnya memang teruja habis. Dah tak macam cekodok. Tapi macam snek atau keropok rangup. Kalau buat untuk anak-anak ni memang laku. Laju je habis gorengan sekuali.

Baik buat sekali banyak, confirm mak ayahnya menumpang sekali. Rasa dia memang sedap cukup berasa. Tambah pula lagi dengan bahan tambahan sosej, lobak merah dan macam-macam lagi.

Serba lengkaplah macam resepi cekodok biasa, malah lebih lagi. Nanti bolehlah cuba cekodok stick rangup di luar dan lembut di dalam ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.