pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cucur Udang Rangup Dan Lembut. Ada Cara Untuk Dapatkan Cucur Udang Cantik Terbentuk.

0 2,555

Cucur udang ni kalau dapat buat hidangan minum petang memang sedap. Dapat pula cucur udang yang rangup dan lembut, bila cicah dengan sos cili pedas dan manis lagilah memikat selera. Mudah je sebenarnya nak buat cucur udang ni.

Janji bahan-bahan semua lengkap. Biasanya dalam cucur udang bukan setakat udang je, ada bahan tambahan lain seperti taugeh, kucai dan sebagainya. Ada semua ni bertambah menyelerakan cucur udang anda nanti.

Sebenarnya ada cara nak goreng cucur udang supaya nampak cantik terbentuk di dalam kuali. Barulah puas hati kalau nak hidangkan pada tetamu.

Kalau makan waktu lepas digoreng lagi sedap, dengan gorengannya yang garing dan adunan tepung yang lembut. Bila buat sendiri ni boleh letak seberapa banyak udang yang anda gemari.

Kalau anda nak cuba buat, boleh ikut resepi cucur udang mudah yang dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish ni.

 

RESEPI CUCUR UDANG

Bahan asas untuk buat cucur udang ni simple je sebenarnya. Cuma terpulang pada anda kalau nak masukkan bahan lain seperti kucai, taugeh, lobak merah dan sebagainya.

Bahan-bahannya:
  • Udang kertas 1 mangkuk (dibersihkan)
  • Tepung gandum 3 cawan
  • Air suam panas 2 cawan
  • Telur 1 biji
  • Yis kering 1 sudu teh
  • Garam halus 1 sudu teh
  • Gula 1 sudu teh
  • Serbuk kunyit ¼ sudu teh
  • Taugeh 1 genggam
  • Kucai ½ genggam
  • Lobak merah ½ batang (disagat) – optional
  • Bawang holland ½ biji (dihiris nipis)
Cara buat cucur udang:

▶️ Satukan kesemua bahan-bahan di atas dalam 1 bekas atau besen.

▶️ Perap dalam 30 minit.

▶️ Kemudian panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

▶️ Sediakan senduk untuk menyenduk adunan nanti.

▶️ Berikut ialah tips untuk dapatkan cucur yang cantik terbentuk.

▶️ Mula-mula pastikan senduk telah dipanaskan dulu dalam minyak panas sebelum sendukkannya agar adunan nanti tak melekat.

▶️ Masukkan adunan dalam senduk dan letakkan udang juga di atasnya.

▶️ Celup senduk ke dalam minyak panas dan biarkan sekejap.

▶️ Kemudian cucur udang tu akan tertanggal dengan sendirinya.

▶️ Terus gorengkan cucur udang sampai warna kuning keperangan dan garing.

▶️ Kemudian boleh angkat dan toskan minyak.

 

BACA JUGA: Cara Buat Cucur Ikan Bilis Lembut. Bancuh Pakai Air Panas Je Rupanya.

 

Sedia dihidangkan dengan sos cili atau pun kuah kacang. Cucur udang ni memang cantik dan berongga di bahagian dalamnya bila dipotong. Tambah lagi ada tekstur yang gebu. Itu yang buatkan sedap bila dikunyah.

Kadang-kadang kalau kat rumah ada stok udang dalam peti sejuk tapi muak nak buat masak lauk, boleh buat cucur udang ni pula.

Tambah pula kalau dapat buat cucur udang yang rangup dan lembut. Lagi puas kalau digandingkan dengan sos pedas manis Thai. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.