Kulit popia ni memang serba gunalah. Banyak kuih atau kudapan orang buat dengan kulit popia. Tak sangka buat cucur udang pun boleh campurkan dengan kulit popia untuk rasa lebih crunchy. Rasa dia memang sedap menusuk kalbu. Bila kunyah je bunyi krup krap. Jom buat cucur udang sedap dan rangup ada kulit popia ni.
Kalau cicah dengan sos cili pedas, confirm makan berketul-ketul sorang. Cucur udang ni kita tahu memang dah sedap dengan campuran tepung, udang dan bahan-bahan lain. Bila disalut pula dengan kulit popia yang ranyup, terus cucur udang yang lembut tadi jadi rangup.
Dah tentu isi cucur udang di dalam lembut. Dan kulitnya sahaja yang rangup. Tapi yang itulah sebenarnya buatkan rasa cucur udang ni lebih sedap tu. Makan pula panas-panas dan garing waktu lepas digoreng, lagi berselera dibuatnya.
Resepi cucur udang sedap dan rangup dengan kulit popia ni dikongsikan oleh Aisy Afiza. Dah banyak orang cuba dan kongsikan resepinya. Buat hidangan minum petang memang sesuai.
Bahan-bahannya pun ringkas dan mudah je. Lagi sedap kalau udangnya segar dan saiz besar atau sederhana. Bila digoreng dengan tepung tu, udangnya turut rangup dan sedap dimakan sekali.
RESEPI CUCUR UDANG RANGUP DISALUT KULIT POPIA
Kulit popia bukan dimasukkan sekeping-sekeping atau dibalut dengan cucur tu. Tapi dipotong halus-halus, kemudian digaulkan dengan serbuk roti. Barulah lepas tu disalut dengan bahan cucur udang. Itu yang membuatkan rasa cucur udang lebih rangup keseluruhannya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kulit popia yang dah siap dipotong halus
- Serbuk roti (gunakan yang warna putih)
- Tepung
- Udang
- Daun kucai
- Cili merah
- Telur
- Air suam
- Serbuk kunyit
- Garam
Cara buat cucur udang salut kulit popia:
▶️ Mula-mula masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali serbuk roti dan kulit popia.
▶️ Kemudian gaulkannya sehingga sebati dan sekata.
▶️ Pastikan bancuhan tak terlampau pekat atau tak terlampau cair.
▶️ Dalam mangkuk atau pinggan lain, campurkan kuit popia dan serbuk roti. Gaulkan sebati.
▶️ Selepas tu ambil sejemput bancuhan cucur udang. Pastikan setiap jemput yang anda buat ada seekor udang.
▶️ Kemudian salutkan pada campuran kulit popia tadi.
▶️ Macam inilah rupa cucur udang dah disalut dengan kulit popia. Buatnya sampai adunan habis.
▶️ Seterusnya panaskan minyak dalam kuali.
▶️ Minyak dah betul-betul panas, masukkan cucur udang dan goreng sehingga garing dan warna keperangan.
BACA JUGA: Cara Buat Popia Goreng Rangup Dengan Inti Paling Sedap. Dengan Resepi Sosnya Yang Padu.
▶️ Dah masak je, boleh angkat dan toskan.
▶️ Sedia dihidang dengan sos cili.
Sedapnya kalau makan cucur udang rangup krup krap ni dengan sos cili. Selalu makan cucur udang biasa yang lembik tu dah cukup sedap. Tapi kadang-kadang cepat muak. Makan seketul dua je dah berhenti.
Tapi kalau makan yang rangup bersalut kulit popia ni, mesti lebih menyelerakan. Mahu habis lebih sepinggan sekali hidang. Lepas ni bolehlah jadikan salah satu menu minum petang bersama keluarga. Selamat mencuba!