Segalanya Tentang Makan..

Ada Nasi Lebih Semalam, Jom Buat Jemput-Jemput Nasi Untuk Sarapan Pagi. Rangup Dan Sedap!

0 5,277

Kadang-kadang waktu pagi ni mak-mak selalu pening nak buat sarapan apa untuk keluarga. Asyik nasi goreng, mee goreng muak juga kan. Apa kata bila ada nasi lebih tu buat jemput-jemput nasi yang rangup dan sedap ni.

Goreng garing-garing lepas tu cicah dengan sos cili, serius sedap gila. Lembut je isinya. Makan panas-panas baru lepas digoreng memang sedap. Bila buat cucur ni, adunan bahan cucur tu paling utama sekali perlu diambil kira selain cara gorengannya.

Bila lihat resepi ni memang agak kayangan jugalah bahan-bahannya. Sekali sekala layan tekak buat sesedap macam ni best juga kan. Tak rugi cuba resepi yang dikongsikan oleh Nur Ain Mat Daun ni.

Makan 2-3 ketul pun dah cukup mengenyangkan. Kalau buat untuk sarapan memang berbaloilah. Dalam adunan tepung ada sekali ayam, kentang, bawang dan sebagainya.

Nak lagi sedap, letak bahan perasa yang wangi dan ada aroma bahang-bahang pedas seperti serbuk lada hitam dan lada sulah. Terus naik rasanya. Jom lihat lebih terperinci resepi ni.

 

RESEPI JEMPUT-JEMPUT NASI

Bila buat jemput-jemput nasi, tak ada lah dalam cucur tu nanti ada nasi seketul-seketul. Nasi tu akan dikisar sekali dengan ayam, dan kemudian baru digaulkan dengan bahan lain dan juga tepung.

Bahan-bahannya:
  • Nasi
  • Isi ayam
  • Tapung gandum
Bahan dipotong dadu:
  • Bawang besar
  • Ubi kentang
  • Cheese
  • Cili merah
  • Daun sup/daun bawang (cincang)
Bahan perasa:
  • Garam sedikit
  • Lada sulah
  • Lada hitam (ditumbuk)

Cara buat jemput-jemput nasi:

▶️ Mula-mula kisar nasi dan juga ayam bahagian dada (isi). Ketepikan.

▶️ Racik atau potong dadu segala bahan yang perlu. Kemudian satukan dalam satu mangkuk.

▶️ Kalau anda nak masukkan apa-apa sayuran atau bahan lain juga terpulang.

▶️ Masukkan bahan perasa agak-agak kuantitinya.

▶️ Gaul sekata kesemua bahan.

▶️ Lepas tu masukkan tepung gandum sedikit. Gaul sebati.

▶️ Adunan tak perlu pekat sangat atau terlalu cair. Sebaiknya masukkan tepung gandum sikit demi sikit dan gaulkan sekata.

▶️ Bila adunan dah cantik sekata, panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Pastikan jemput-jemput nanti boleh masuk celup ke dalam minyak.

▶️ Jemput-jemputkan adunan dalam minyak yang dah betul-betul panas.

▶️ Balik-balikkan sampai warnanya keperangan.

▶️ Dah masak, boleh angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Cucur Labu Manis Sedap Dan Rangup Di Luar Lembut Di Dalam. Mudah Dengan 3 Bahan Utama Je!

 

Kalau makan macam ni je pun sebenarnya dah cukup sedap dah. Apatah lagi kalau cicahkan dengan sos cili yang ada rasa pedas-pedas manis. Confirm selera makan tanpa henti.

Bahan perasa tu terpulang juga pada anda kalau nak letak benda lain. Kalau tak nak letak lada hitam pun tak apa sebab mana tau anak-anak langsung tak nak pedas kan. Ikutlah citarasa sendiri.

Nak buat jemput-jemput nasi ni semua terpulang pada tekak anda sendiri. Ramuan bahan-bahan dalam resepi ni antara contoh resepi yang sedap anda boleh cuba. Semoga resepi ni bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.