pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Kuih Bom Bijan Pandan, Lembut Sedap Dengan Inti Kacang Hijau. Tips Goreng Tak Meletup!

0 2,031

Siapa suka makan kuih bom bijan? Kuih ni sedap dengan teksturnya yang rangup dan lembut kenyal. Selalunya adunan tepung kuih ni hanya campurkan garam je dan uli menjadi doh untuk digoreng. Jarang kita jumpa yang buat perisa pandan.

Sesekali bolehlah buat berlainan rasa. Resepi kuih bom bijan pandan yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah ni dibuat dengan inti kacang hijau. Yang selalu kita makan ialah inti kelapa atau kacang merah. Sedap sangat untuk dinikmati.

Musim pkp ni jadi rajin pula kan nak buat kuih yang selama ni kita beli. Kuih bom bijan ni senang je nak buat. Kadang-kadang tu nak mudah boleh beli je inti yang dah dijual siap. Kita hanya buat doh tepung je.

Kalau nak buat sendiri inti pun boleh juga. Bahan sangat ringkas. Kuih bom ni menggunakan tepung gandum dan juga tepung pulut. Itu yang dapat teksturnya yang lembut dan kenyal.

Nak dapatkan perisa pandan, boleh gunakan pandan emulco atau kisar daun pandan dengan air. Lepas tu boleh tambahkan pewarna hijau untuk dapatkan warna yang lebih cantik ketara.

 

RESEPI KUIH BOM BIJAN PANDAN

Untuk resepi ni boleh dapat dalam 17 biji kuih ikut saiz kuih yang sederhana. Sedap sangat dengan teksturnya yang kekal lembut walau dah sejuk bawa ke petang.

Bahan-bahan doh tepung:
  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan air daun pandan (kisarkan 2 helai daun pandan dan juga air)
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bijan secukupnya
Bahan inti kacang hijau:
  • ½ cawan kacang hijau (rendam 2 jam)
  • ½ cawan gula pasir
  • Secubit garam
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

Cara buat inti:

▶️ Rebus kacang hijau hingga empuk.

▶️ Bila air rebusan tu dah kering sikit, masukkan gula, garam dan daun pandan yang disimpul.

▶️ Kacau sehingga kacang hancur dan juga kering.

▶️ Sejukkan dalam peti ais semalaman, kemudian bulat-bulatkan kecil untuk jadikan inti.

Cara buat adunan tepung:

▶️ Sediakan bekas atau besen. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Gaulkan.

▶️ Dalam mangkuk lain, satukan gula, air daun pandan dan sedikit pewarna hijau.

▶️ Kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung tadi sikit demi sikit sambil uli jadi doh yang lembut.

▶️ Teksturnya akan jadi macam adunan kuih onde-onde/melaka. Kalau dah lembut, tak perlu habiskan air daun pandan. ¾ cawan pun dah cukup.

▶️ Ambil sikit adunan dan leperkan.

▶️ Masukkan inti. Kemudian tutup dan gentel jadi membulat.

▶️ Golekkan atas bijan dan gentel lagi supaya bijan melekat kuat pada kuih.

▶️ Rehatkan dulu adunan dalam 1-2 jam dalam peti ais (ini ialah tips supaya tak meletup semasa menggoreng).

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Bila dah betul-betul panas, masukkan kuih dan goreng dalam api yang sederhana.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kuih Bakar Yang Lembut Dan Manis Berlemak. Harum Wangi Aroma Pandan.

 

▶️ Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

Sedap sangat rasa kuih bom bijan perisa pandan ni. Kuih lebih wangi dan sedap. Tambah lagi rasanya lain sikit bila buat dengan inti kacang hijau.

Sedap nak nikmati bila-bila masa. Nak buat waktu sarapan, minum petang atau juadah santai-santai waktu malam pun layan.

Kalau anda tak nak buat kuih bom bijan pandan semata, boleh je asingkan sikit adunan dan uli terus dengan air tanpa masukkan pes pandan. Jadilah kuih bom bijan yang biasa tu. Dapatlah buat kuih pelbagai warna. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.