https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Kuih Bom Lembut Gebu, Hanya 4 Bahan. Comel Bulat-Bulat. Senang Je Rupanya.

0 17,869

Kuih bom ni kalau buat untuk anak-anak bukan main suka mereka ni. Berbaloi kalau mak-mak buat untuk minum petang. Sekejap je licin. Kuih bom lembut dan gebu ni sebenarnya mudah je nak buat. hanya perlukan 4 bahan je.

Paling best masa goreng tu kuih naik cantik membulat. Barulah betul-betul namanya bom. Bila makan terasa kegebuan dan kelembutannya. Padahal masa masukkan adunan tu pakai tangan atau sudu je kuih jadi elok kejadiannya.

Tapi syaratnya minyak kena betul-betul panas masa masukkan adunan tu. Dan minyak juga kena banyak sampai kuih tenggelam ke dalam minyak. Kalau tips orang tua-tua dulu, ada yang masak dalam kuali yang lengkungnya dalam atau periuk supaya minyaknya jadi terkumpul.

Ikutlah mana mudah bagi anda. Janji kuih dapat tergoreng cantik. Resepi kuih bom yang gebu dan sedap ni ada dikongsikan oleh Suisan Aliezsha.

Kuih bom ni selain lembut, rasanya juga manis-manis. Itu je perasanya yang ada. Sesuai buat hidangan minum petang dengan kopi panas.

 

RESEPI KUIH BOM LEMBUT GEBU

Bahan yang membuatkan kuih ni naik gebu ialah yis. Jadi, lepas je bancuh, adunan perlu diperap dulu barulah boleh mula menggoreng. Perap sekejap je dalam setengah jam dah memadai.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 4 senduk (resepi ni gunakan cap ros)
  • Yis 1 paket (brand kijang)
  • Gula pasir 2 senduk
  • Air
Cara buat kuih bom:

▶️ Mula-mula satukan tepung, gula dan yis. Gaulkannya sebati.

▶️ Kemudian masukkan air sikit demi sedikit sambil bancuhkan adunan.

▶️ Pastikan adunan tak terlalu cair sangat. Biarkan kenyal-kenyal gitu.

▶️ Selepas tu perap selama 25 ke 30 minit.

▶️ Nanti adunan akan naik dan berbuih-buih macam ni.

▶️ Kacau-kacaukannya sebelum goreng.

▶️ Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, perlahankan api dulu.

▶️ Kemudian masukkan adunan menggunakan tangan atau sudu.

▶️ Goreng sampai garing dan warna coklat keperangan.

▶️ Dah siap, boleh angkat dan toskan minyak.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Penyaram Atau Cucur Jawa. Mudah Guna Sukatan Cawan. Tips Hasil Kuih Cantik!

 

Ada sesetengah orang suka makan kuih bom ni buat cicah dengan kuah gulai atau sambal. Sebenarnya sedap juga dibuat cicah lauk. Walaupun makan macam tu je dah cukup sedap, kalau tak nak cepat muak boleh cicah dengan apa sahaja yang anda suka.

Goreng 1 kuali belum tentu cukup ni. Boleh buat hidangan minum petang anda sekeluarga. Selalu buat cekodok pisang atau cucur ikan bilis je kan.

Apa kata kali ni buat kuih bom pula. Bancuhannya macam cekodok juga. Mudah dan cepat. Kuih bom lembut dan gebu ni mesti jadi kegemaran anak-anak nanti. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.