Segalanya Tentang Makan..

Kuih Lapis Ubi Kayu Atau Talam Ubi Kayu, Cantik Dihidangkan Di Pagi Raya!

0 2,925

Wahh, terliur pula tengok kuih yang lembut, tebal dan berwarna warni ni. Terfikir pula nak buat salah satu hidangan pencuci mulut di pagi raya. Kuih ni sebenarnya ialah talam ubi kayu yang dibuat berlapis-lapis. Boleh jugalah digelar kuih lapis ubi kayu.

Testurnya yang lembut dan berlemak manis tu buatkan kuih ni sedap dan sesuai dibuat pencuci mulut. Biarpun banyak jenis kuih atau biskut raya, kuih tradisional yang lembut dan kenyal seperti talam ni pasti yang digilai nanti sebab kelembutan dan kemanisannya.

Dengan salutan kelapa parut muda tu, hidangannya lagi bertambah menggoda. Kuih lapis ubi kayu ni ada aroma wangi daun pandan sekali. Bukan setakat haruman ubi kayu je.

Tapi perisa pandan tu diletakkan pada lapisan hijau sahaja supaya haruman daun pandan dan haruman ubi kayu tu sekata. Barulah sedap.

Jom kita lihat perkongsian kuih lapis ubi kayu atau talam ubi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim ni. Mudah je caranya. Hanya gunakan 6 bahan asas je.

 

RESEPI KUIH LAPIS UBI KAYU ATAU TALAM UBI

Resepi ni menggunakan 1 kilo ubi kayu yang disagat. Gunakan loyang saiz 8 untuk dapat hasil lapisan kuih yang tebal.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ubi kayu 1 kilo yang disagat (diperah)

  • Santan 300 ml atau lebih (bancuhannya ialah 1 kotak santan dan 100 ml air)
  • Gula pasir 1 cawan
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Garam 1 sudu kecil
  • 3 jenis pewarna pilihan
  • Sedikit emulco/pewangi kelapa pandan (letakkan kat lapisan hijau je nanti)
  • Kelapa parut secukupnya

Cara buat kuih lapis ubi kayu/kuih talam ubi kayu:

▶️ Kupas dan buangkan kulit ibu kayu.

▶️ Kerat-keratkanlah ubi kayu yang besar ni supaya senang untuk disagat nanti.

▶️ Sagatkan ubi kayu dan perah meggunakan kain nipis.

▶️ Hasil ubi kayu lepas disagat dan diperahkan.

▶️ Sediakan mangkuk yang besar. Kemudian masukkan kesemua bahan ni ke dalamnya. Gaul dan sebatikan.

▶️ Kalau nampak macam adunan ni kering, boleh masukkan santan lagi.

▶️ Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Titikkan pewarna berlainan untuk setiap bahagian.

▶️ Untuk pandan emulco, letakkan pada adunan hijau sahaja.

▶️ Sediakan loyang saiz 8, dan oliskan sikit dengan minyak, dan lapiskan dengan kertas minyak.

▶️ Sambil tu panaskan pengukus dahulu.

▶️ Masukkan lapisan hijau kemudian ratakan. Lepas tu masukkan lapisan merah pula (jadi lapisan tengah).

▶️ Kukus setiap satu lapisan tu selama 10 minit.

▶️ Kalau nak tau adunan dah masak, boleh rasa anjal dan ubi dah agak kering. Boleh check dengan cara menekan-nekannya.

▶️ Untuk lapisan atas sekali letak adunan kuning dan ratakan. Kemudian kukus selama 30 minit untuk pastikan semua lapisan masak sempurna.

▶️ Kalau nampak tak masak lagi, boleh tambah masa.

▶️ Nak kukus ni ikut juga jenis pengukus anda. Kalau pakai pengukus elektrik, pastikan air diletak paras maksimum. Masa mengukus boleh sampai 1 jam.

▶️ Kalau gunakan pengukus atas dapur pula, api jangan buka terlalu besar.

▶️ Lepas dah kukus, biarkan sejuk dan kering dahulu. Sebab baru lepas kukus teksturnya agak lembab sebab berwap.

▶️ Kemudian boleh potong dengan pisau pemotong kek plastik.

▶️ Untuk kelapa parut tu, kukus dahulu bersama sikit taburan garam. Lepas kukus, baru salutkan atau gaulkan pada kuih lapis yang dah siap dipotong tadi.

▶️ Dah siap, sedia dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Strawberi Swiss Tart Mudah Guna Acuan Semperit Je. Sedap Berlemak. Jadikan Kuih Raya!

 

Untuk kuih lapis ni, sebenarnya boleh buat 3 lapisan atau 6 lapisan. Kalau nak dapatkan 6 lapisan seperti dalam gambar, potong kuih yang sama potongan dengan 3 lapisan mula-mula tu, lepas tu cantumkannya menjadi 1.

Mudah je kan cara membuatnya. Bahan ringkas je. Dan proses hanya mengukus. Senang kalau nak buat di pagi raya. Lepas ni bolehlah mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.