Segalanya Tentang Makan..

Kuih Seri Muka Sedap. Cantik Lembut Berkilat Permukaan Pandan. Tengok Dari Jauh Tergoda.

0 785

Sedapnya kalau dapat makan kuih seri muka lembut berlemak ni waktu petang-petang dengan teh’o panas. Kuih ni antara kuih legend tak lapuk dek zaman. Mana-mana pelusuk pun ada. Sebab diminati ramai. Lagi-lagi kuih seri muka pandan yang lembut dan sedap.

Tapi kalau buat kuih ni nak pastikan sedap kenalah cukup rasa lemak wangi terutama bahagian pandan. Permukaannya kena licin dan cantik berkilat baru memikat selera. Begitu juga bahagian pulut yang kena lembut dan berasa juga.

Kalau tak ada ciri-ciri ni boleh putus selera. Nampak macam susah je kan. Tapi resepi dari Suisan Aliezsha ni antara yang mudah dan pasti menjadi kalau anda cuba. Bahan-bahan ikut sukatan cawan. Tapi kena pastikan semua bahan disukat pakai cawan yang sama.

Sebenarnya kalau buat kuih yang perlu dikukus dan perlu dibancuh bahan tepungnya ni, anda kena pandai-pandai bajet. Kadang-kadang kuih terjadi dari cara masing-masing mengukus.

Jenis bahan terutama santan pun bergantung pada jenis dan kecairan santan anda juga. Jadi, kena pandai-pandai adjust supaya dapat hasil kuih yang anda inginkan.

 

RESEPI KUIH SERI MUKA

Kuih seri muka ni kadang-kadang ada juga dipanggil kuih seri muka pandan. Sebab bahagian atasnya dibuat perisa pandan. Tapi kalau panggil seri muka pun masih orang tau ianya yang bewarna hijau tu.

Cuma sekarang dah macam-macam versi ada. Ada kuih seri muka gula merah, seri muka keladi, labu dan sebagainya.

Bahan-bahan bahagian bawah (pulut):
  • 3 cawan pulut
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam
Cara buat bahagian pulut:

▶️ Cuci bersih pulut dan toskan.

▶️ Masukkan dalam talam dan curahkan santan serta garam. Gaul sebati.

▶️ Kemudian kukus selama 25 minit atau sehingga masak.

▶️ Dah siap boleh angkat.

▶️ Keluarkan dan masukkan dalam loyang untuk dipadatkan.

▶️ Penyek-penyekkan dengan senduk nak bagi padat.

Bahan-bahan bahagian atas (pandan):
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan air pandan (kisar daun pandan dengan air kemudian tapis)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
Cara buat bahagian pandan:

▶️ Masukkan je kesemua bahan dalam blender dan kisar sehingga halus.

▶️ Lepas tu tuangkan atas pulut yang telah dipadatkan tadi.

▶️ Dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Talam Gula Merah. Resepi Hasilkan Kuih Yang Lembut Gedik!

 

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

Senang petik jari je kan sebenarnya nak buat kuih seri muka ni? Asalkan ikut bahan sebiji-sebiji dan gunakan sukatan cawan yang sama. Pasti jadi.

Lepas dah masak tu, bila nak potong gunakan pisau plastik. Celupkan pisau dengan air panas dulu supaya mudah dan kuih tak melekat-lekat pada pisau.

Kalau anda nak mudah, sebaiknya loyang tu dialas dulu dengan plastik supaya senang nak pisahkan bahagain pulut dari loyang. Nanti bolehlah cuba buat sendiri kuih seri muka pandan yang sedap ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.