Segalanya Tentang Makan..

Kuih Snowball Atau Kuih Makmur Sedap Cair Di Mulut. Resepi Turun Temurun, Tak Boleh Lupa!

0 18,759

Untungnya siapa yang ada resepi turun temurun dari tok nenek berkenaan makanan tradisi. Lagi-lagi kuih muih yang jadi kegilaan ramai. Tak payah pening cari resepi lain. Resepi dari orang tua pasti lagi istimewa. Sama seperti kuih snowball atau kuih Makmur yang dikongsikan oleh Nurol Fatin Khalid ni.

Resepi kuih ni dari tokwan beliau yang mana jadi ikutan keluarga. Sedap dan enak dibuat santapan dengan isinya yang cair di mulut dan bentuknya cantik membulat sedap mata memandang. Kalau buat kuih raya nak hidang untuk tetamu memang tak segan silu.

Selalu juga nampak kuih ni dihidangkan bukan sahaja bagi orang Melayu, tapi pada hari perayaan kaum lain juga. Macam ni sekali sebenarnya kuih ni popular.

Mungkin asalnya kuih ni dari mana-mana tempat tapi bila melekat dengan orang Melayu dan diubah suai ikut citarasa, jadilah kuih tradisi.

Macam mana tak jadi kegilaan. Sebab kuih ni manis dan sedap berlemak. Tekstur yang rapuh dan lembut tu buatkan kita makan tanpa henti. Mudah je nak buatnya sebenarnya. Cuma perlukan 5 bahan je.

 

RESEPI KUIH SNOWBALL / KUIH MAKMUR

Kuih ni ada juga dipanggil sebagai biskut Makmur atau biskut snowball. Sebab tekstur yang rapuh tu seakan-akan biskut, yang disalut pula dengan susu tepung atau gula aising. Kombinasinya memang kena pada selera.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250gram mentega
  • 2 tin kecil (500g) minyak sapi QBB pure
  • 1200gram tepung gandum
  • Susu tepung Nespray full cream
  • 600gram gula pasir

Cara buat kuih snowball:

▶️ Goreng tepung tanpa minyak (sangai) atas kuali sampai masak atau bewarna coklat.

▶️ Pastikan sangai tepung dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau.

▶️ Gorengannya ni biasanya lama sebab perlu betul-betul masak, jadi kena bersabar sikit.

▶️ Selepas dah bewarna coklat, sejukkan dan ayak.

▶️ Tepung yang dah diayak mesti jadi 1200gram. Bermaksud semasa menggoreng perlu masukkan lebih.

▶️ Kemudian campurkan dengan gula dan gaul sebati. Biarkan ketepi.

▶️ Panaskan kuali, dan masukkan minyak sapi dan mentega sehingga cair.

▶️ Selepas tu masukkan campuran tepung dan gula tadi.

▶️ Api mesti kena dalam keadaan perlahan.

▶️ Gaul-gaulkannya dan boleh padamkan api.

▶️ Bulat-bulatkannya sementara masih dalam keadaan panas suam.

▶️ Kemudian letak dalam susu tepung dan golek-golekkan sampai jadi gebu gebas.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Dangai Utara, Kuih Tradisional Yang Simple Dan Sedap. Hanya 4 Bahan Je!

 

Nak dapatkan hasil bulat cantik tu ada caranya. Gunakan je scoop susu tepung, dan potong sikit bahagian bontotnya. Supapa nanti bila tepung ditekap dengan scoop ni, mudah untuk tolak keluar pakai jari.

Kemudian tu, uli-ulikan tepung jadi bulat dan taukkan dalam susu tepung. Barulah kuih cantik bulat dan sekata je.

Memang sedap kuih snowball atau kuih makmur ni. Kalau tak nak buat dengan susu tepung, boleh juga gaulkan dengan gula aising. Terasa juga lemak dan kelembutan bahagian luar. Lepas ni bolehlah cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.