Segalanya Tentang Makan..

Pisang Goreng Coklat Cheese Rangup Dan Sedap. Laku Keras, Confirm Cepat Habis!

0 8,023

Ini dia pisang goreng cheese yang selalu viral tu. Tapi kali ni extra sikit sebab ada coklat parut yang ditaburkan sekali. Makan sekali confirm repeat punya lah. Pisang goreng coklat cheese ni viral bukan sebab nama je, tapi rasa dia memang betul-betul sedap!

Bagi anak-anak yang tak suka makan goreng pisang tu, kalau jumpa pisang goreng cheese ni maunya tak makan sekali. Tergoda tengok taburan cheese nya tu.

Nak buatnya senang je. Sama je macam mana kita goreng pisang biasa. Ada bancuhan untuk celupkan pisang, lepas tu digoreng.

Kemudian taburkanlah cheese, coklat dan apa sahaja bahan rasa yang anda nak buat sebagai penambah rasa. Kalau nak lagi sedap, guna cheese mozzarella yang dicairkan. Dapat effect cheese tarik yang selalu nampak orang makan tu.

Di page Resepi Viral di Fb ni ada tunjukkan resepi dan cara penyediaannya. Bolehlah buat rujukan kalau nak cuba buat sendiri.

 

RESEPI PISANG GORENG COKLAT CHEESE

Untuk pisangya, gunalah pisang mana yang anda suka dan rasa sedap digoreng rangup. Lepas tu potongkan saiz sederhana. Nak lagi sedap dan cantik gorengan, sebaiknya potong belah 3 pisang.

Bahan-bahan perlu ada:
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung beras 3 cawan
  • Garam secubit
  • Serbuk kunyit 1 sudu teh
  • Air kapur 1 sudu besar
  • Air secukupnya (bancuhan perlu tak terlalu pekat atau cair)
  • Pisang nipah atau pisang abu yang dibuang kulitnya dan belah 3
  • Cheese parut
  • Coklat parut
  • Susu manis

Cara buat pisang goreng coklat cheese:

▶️ Mula-mula buat bancuhan tepungnya dulu. Sediakan besen kecil, dan masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, air kapur dan garam.

▶️ Selepas tu masukkan air sikit demi sikit dan gaulkan kesemua campuran bahan tadi sampai sekata. Lepas tu tengok tekstur bancuhan. Jangan cair atau pekat sangat. Sedang-sedang je dah cukup.

▶️ Kemudian panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah betul-betul panas, celupkan pisang dalam bancuhan tepung tadi, dan goreng.

▶️ Terbalik-balikkan supaya masak sekata dalam kuali.

▶️ Dah cukup garing, boleh angkat dan toskan minyak.

▶️ Seterusnya tuangkan sikit susu manis atas pisang yang dah digoreng. Ikut banyak mana nak letak.

▶️ Kemudian taburkan coklat dan cheese yang dah diparut.

▶️ Dah boleh dihidangkan!

▶️ Nak lagi sedap dan ada effect cheese yang ditarik tu, bakar cheese mozzarella dalam ketuhar sekejap biar dia mencair. Lepas tu tuang leleh atas pisang goreng. Lagi terliur melihatnya!

 

BACA JUGA: Resepi Wrap Ayam Sedap Dan Mampat. Nama Lain Dia Burrito. Wajib Cuba Ni!

 

Nikmat betul kalau dapat makan segala jenis makanan garing yang ada taburan cheese ni. Kalau nak ikutkan, selalunya kita makan pisang goreng biasa je dah sedap kan.

Sesekali nak tukar selera makanan tradisi ni jadi moden sikit apa salahnya. Cheese dan coklat pun dah tentu sedap dan kena dengan tekak.

Lepas ni nak buat makanan santai atau snek untuk anak-anak waktu petang, bolehlah buat pisang goreng coklat cheese ni. Confirm sekejap je habis. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.