Dalam pada duduk-duduk rumah tak dapat ke mana, bolehlah luangkan masa buat makanan sedap-sedap kat rumah. Popia carbonara cheese sedap leleh ni antara yang senang anda boleh buat. Bukan main nikmat lagi rasanya.
Kalau goreng satu round kuali ni confirm cepat habis. Memang tak cukup makan sekeluarga. Lagi-lagi sorang makan 2-3 biji. Gorengan kulit popia tu pun dah sedap. Apatah lagi anda inti yang padat, enak berkrim dengan lelehan cheese.
Makan popia dengan perisa inti cream of chicken yang selalu masak spagethi carbonara tu lain macam pergi dia tau. Tak perlu cicah apa-apa lagi. Nanti bikin spoil je. Makan macam tu je pun dah sedap.
Dah banyak dah sebenarnya resepi popia carbonara ni. Perkongsian dari Nur Fitriyana ni antara yang mudah anda boleh cuba. Goreng popia garing-garing, lagi bertambah sedap rasanya.
Nak lagi enak masukkan isi ayam dan juga sosej dalam inti. Tiap gigitan terasa kenikmatannya. Jom lihat perkongsian resepi ni.
RESEPI POPIA CARBONARA LELEH
Masa balut popia tu pastikan anda balut kemas-kemas dan melekat untuk elakkan inti cheese meleleh keluar semasa menggoreng. Bila meletup lagi susah nak kawal intinya. Untuk lekatkan, boleh buat sikit bancuhan air dan tepung, kemudian sapu pada kulit popia untuk jadikan gam.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 tin ayam cream of chicken
- 1 biji bawang holland (dihiris)
- Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
- Sosej (dipotong kecil)
- Serbuk perasa
- Kulit popia
- Kepingan cheese cheddar
Cara buat popia carbonara cheese leleh:
▶️ Panaskan minyak dalam kuali.
▶️ Masukkan bawang holland dan tumis sehingga layu dan naik bau.
▶️ Lepas tu masukkan ayam dan biarkan sampai ayam masak.
▶️ Masukkan sosej pula dan gaul sebati.
▶️ Kemudian masukkan ayam cream of chicken. Kacau sehingga sekata.
▶️ Kalau rasa likat sangat boleh tambahkan air sikit.
▶️ Kalau nak sedap, masukkanlah serbuk perasa apa yang anda suka. Contohnya lada hitam, lada sulah dan sebagainya.
▶️ Tumis sampai kering sikit dan boleh padamkan api. Tunggu sejuk sekejap.
▶️ Lepas inti dah sejuk, masukkan dalam kulit popia.
▶️ Susun kepingan cheese yang dah dipotong kecil-kecil.
▶️ Kemudian balutkan kulit popia kemas-kemas.
▶️ Jangan lupa buat bancuhan air tepung sikit dan sapukan di bahagian hujung kulit popia untuk jadikan gam.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng popia sehingga garing dan coklat keperangan.
▶️ Dah masak, angkat dan toskan.
BACA JUGA: Popia Sira Sambal Sedap. Ikut Cara Ni Untuk Popia Rangup, Dengan Sambal Berkilat.
Sedap tak terkata kalau makan panas-panas macam tu je. Hidangkan untuk anak-anak untuk minum petang. Pasti mereka suka.
Untuk bahan inti kalau anda nak letak sayuran seperti lobak merah, daun bawang, isi ketam dan apa sahaja pun boleh. Janji kena dengan selera. Versi resepi ni yang paling mudah dan simple sekali.
Kalau selama ni tengok orang buat je, lepas ni bolehlah cuba sendiri. Jangan lupa cuba resepi popia carbonara cheese sedap leleh ni!