Warning: fopen(/tmp/60e5f3691e4147baf49c83ead3fe8d16-2AqzB8.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/60e5f3691e4147baf49c83ead3fe8d16-2AqzB8.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Pulut Serunding Kelapa Sedap Dengan Rasa Lemak, Manis Dan Pedasnya.

0 6,507

Bagi anda yang suka makan serunding, pernah tak anda cuba pulut serunding kelapa ni? Serunding kelapa ni kita tau rasanya lemak, manis dan pedas. Dan bila dimakan dengan pulut yang lembut, memang sedap dan nikmat sangat rasa dia.

Jarang sebenarnya nampak orang jual kuih pulut serunding kelapa ni kan. Mungkin sebab melibatkan pulut dan juga kelapa parut yang dibuat serunding. Kalau jumpa orang jual pun ada yang tak memenuhi citarasa. Kadang-kadang pulutnya tak berapa lembut atau serundingnya pula kurang berasa.

Pulut serunding kelapa ni yang betul-betul sedap bila pulutnya ditanak dengan betul sehingga lembut. Dan serunding kelapa pula kena cukup berasa dengan aroma pedasnya. Ada pelbagai cara orang buat serunding kelapa ni.

Ada yang suka serunding yang pedas dan kuat dengan aroma rempah. Ada yang suka pedas-pedas biasa dan rasa lemak manis. Untuk resepi pulut serunding kelapa kali ni, simple je cara buatnya tanpa ada rempah yang pelbagai. Kalau anda suka yang kuat aroma rempah, boleh tambah ikut suka.

Perkongsian resepi simple ni dari Bonda Hajjah Napsiah Hj Abd Malek. Sedap dan menyelerakan bila lihat serunding kelapanya cantik bersalut pada pulut. Kalau cuba sekali pulut serunding ni pasti lepas ni akan jadi kuih kegemaran anda.

 

RESEPI PULUT SERUNDING KELAPA

Untuk pulut, nak masaknya tak perlu dimasukkan santan. Namun perlulah dimasak lembut supaya nanti sedap dimakan dengan serunding kelapa. Walaupun tak bersantan, rasa lemak manis kuih ni nanti datangnya dari kelapa parut serunding tu sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk inti serunding kelapa:

  • Kelapa parut 2 biji (ambil betul-betul putihnya sahaja)
  • Cili kering yang dah siap dikisar 1 mangkuk
  • Bawang besar 2 labu
  • Bawang putih 4 ulas
  • Serai 6-8 batang
  • Ikan bilis segenggam
  • Gula 2 ½ cawan
  • Garam kasar 1 ½ sudu
  • Sedikit perasa

Cara penyediaan serunding kelapa:

▶️ Mula-mula kisar bawang besar, bawang putih, serai dan juga ikan bilis.

▶️ Kemudian panaskan kuali, dan masukkan kesemua bahan ke dalam kuali. Biarkan sehingga inti serunding kelapa ni kering dan pedas.

▶️ Kemudian sediakan pulutnya pula.

 

Bahan-bahan pulut:
  • Beras pulut ½ kilo dibasuh bersih dan toskan’
  • Air 3 ½ cawan
  • Garam kasar 1 sudu kecil
  • Minyak masak 4 sudu

 

Cara masak pulut:

▶️ Sediakan periuk, kemudian masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak.

▶️ Masak atas api. Selepas pulut dah kering, baru masukkan minyak masak. Kacau ia dan biarkan sampai pulut masak sepenuhnya.

▶️ Selepas dah masak sepenuhnya, sendukkan pulut dan masukkan dalam mangkuk kecil. Padat-padatkan.

▶️ Kalau anda suka yang bentuk membulat, boleh bentukkan.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Limau Purut Istimewa. Dengan Hidangan Acar Nenas Thai Paling Sedap!

 

▶️ Kemudian letak atas serunding kelapa dan golek-golekkan sehingga sekata. Gaul-gaulkan kalau nak serunding kelapa tu bersalut lebih tebal.

▶️ Dah siap, bolehlah dihidangkan!

Buat hidangan minum petang memang betul-betul sedap ni. Hidangkan sekali dengan teh o panas. Sambil makan pulut dan serunding pedas, sambil hirup air panas.

Kalau buat bentuk pulutnya tu saiz lebih kecil sikit, lagi sedap kalau dapat terus ngap masuk seketul dalam mulut. Baru puas makan kuih ni. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.