Segalanya Tentang Makan..

Resepi Apam Koko Gebu Dan Sedap. Mudah Hanya Guna 4 Bahan Je!

0 1,271

Apam ni antara kuih yang paling digemari sebab rasanya yang lembut, gebu dan wangi. Tak kisahlah apa jenis apam dan perisa pun. Sebab kelembutannya dan rasa manis-manis beraroma, bila gigit terasa nikmatnya kan. Lagi-lagi yang berperisa wangi seperti pandan, koko, pisang dan sebagainya. Kali ni jom lihat resepi apam koko gebu dan sedap yang hanya gunakan 4 bahan je.

Sebenarnya mudah je buat apam sendiri ni. Lebih berbaloi sebab dapat buat berpuluh biji dalam satu adunan. Nak buat saiz besar, kecil, comel semua terpulang pada citarasa masing-masing. Tak perlu bahan yang banyak pun dapat hasilkan apam yang lembut, gebu dan sedap.

Sesuai nak jadikan kudapan santai anda di rumah. Nak buat hidangan sarapan dan minum petang pun boleh juga. Bila buat sendiri anda boleh sukat tahap manis yang anda mahukan. Tapi apam ni sebenarnya sedap kalau berasa manisnya. Jadi kena pandai-pandailah sukat gula sebab takut terbuat yang tak berasa manisnya atau terlebih manis pula.

Resepi apam koko gebu ni ada dikongsikan oleh Zahrah Juli yang hanya gunakan 4 bahan je. Mudah untuk anda ikut sebab bahannya ringkas dan disukat menggunakan sukatan cawan.

Pilihlah perisa koko yang sedap supaya nanti rasa apam anda sedap juga. Risau juga kalau tersilap pilih perisa koko yang bau dan rasanya kurang menyengat.

 

RESEPI APAM KOKO GEBU

Apam ni lagi sedap kalau dihidangkan dengan taburan kelapa parut yang segar. Rasa lemak-lemak manis kelapa tu sedap bila dinikmati bersama apam yang gebu dan wangi.

Jadi lepas je kukus tu, sebelum jamah taburkanlah sikit kelapa parut untuk apam yang anda nak makan. Selebihnya boleh simpan dalam bekas bertutup sebab apam ni boleh tahan dalam 2 hari.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Gula ½ cawan (boleh tambah lagi)
  • Serbuk koko 4 sudu besar
  • Yis segera ½ sudu besar
  • Air 1 ½ cawan

Cara buat apam koko gebu:

▶️ Mula-mula campurkan tepung dan serbuk koko, dan ayak kedua-duanya.

▶️ Masukkan campuran tepung dan koko ni dalam 1 bekas.

▶️ Kemudian masukkan gula dan yis.

▶️ Dan tuangkan air sekali. Kacau sehingga sebati dan jadikan adunan yang licin.

▶️ Kemudian tutup dan perapkan lebih kurang 1 jam atau adunan menaik dan agak pekat.

▶️ Seterusnya lepas perap, kacau sedikit.

▶️ Sebelum tu sapukan sedikit minyak pada acuan untuk elakkan apam melekat nanti.

▶️ Masukkan adunan dalam acuan sehingga habis.

▶️ Panaskan pengukus, kemudian kukus apam selama 15 minit dengan api yang besar.

▶️ Jangan lupa lapik dan ikatkan kain pada tudung periuk pengukus untuk elakkan air menitik atas apam.

▶️ Dah siap, bolehlah angkat dan sejukkan.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Apam Polkadot Comel, Gebu Dan Lembut. Resepi Mudah Dan Cepat!

 

▶️ Tabur sedikit kelapa parut segar.

Sedapnya kalau makan apam gebu dan manis ni dengan secawan kopi panas. Makan sambil menikmati suasana petang. Kalau dapat buat apam sekali banyak jangan risau. Simpan apam ni dalam bekas dan masuk dalam peti ais.

Nanti nak makan keesokannya boleh kukuskan semula dan apam masih sedap dan gebu. Untung bila buat sekali banyak. Dapat makan berulang kali. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.