Segalanya Tentang Makan..

Resepi Apam Lembut Dan Gebu Warna Warni. Bahan Sangat Mudah Tapi Rasa Sedap Dan Berlemak!

0 2,168

Apam yang sedap, manis dan berlemak ni siapa je yang tak suka? Asalkan teksturnya lembut dan gebu sedap masuk dalam mulut, memang jadi kegemaran ramai. Dah banyak dah perkongsian resepi kuih apam lembut dan gebu yang kita jumpa.

Sampai dah mula orang pelbagaikan kreativiti buat apam untuk hidangan yang lebih menarik. Salah satunya ialah resepi apam gebu warna warni ni. Bila buat 2-3 jenis warna, kuih apam yang simple ni terus nampak istimewa.

Padahal bahan dan cara buatnya sama je. Kalau nak buat untuk hidangan kuih atau kudapan anak-anak waktu petang, sesuai sangat buat apam gebu warna warni ni.

Bagi sesiapa yang tak pernah buat kuih apam, bolehlah ikut resepi yang dikongsikan oleh Dianadiandra Diana ni. Sebab bahan dan cara buatnya mudah untuk diikuti.

Kalau dapat buat yang extra lembut, manis dan wangi lagi sedap dan menyelerakan. Mau habis makan time tu juga. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI APAM LEMBUT DAN GEBU WARNA WARNI

Sukatan bahan yang disediakan ni boleh dapat sebiji apam dalam acuan sederhana dan juga 13 biji dalam cup. Penggunaan tepung gandum hanya 2 cawan je. Untung buat sendiri ni. Dapat makan kuih apam sampai puas.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 2 cawan (boleh tengok saiz cawan dalam gambar)
  • Baking powder 1 sudu teh (serbuk penaik)
  • Gula 1 cawan
  • Telur ayam 3 biji
  • Ovalette 1 sudu besar
  • Santan 1 cawan (atau guna yang kotak 200 ml tu)
  • Pewarna makanan (terpulang nak warna apa)

Cara buat kuih apam lembut gebu warna warni:

▶️ Masukkan gula, telur dan ovalette ke dalam mixer atau blender.

▶️ Kemudian pukul atau blend sehingga gebu.

▶️ Lepas tu masukkan santan dan putar sekali lagi sampai adunan sebati.

▶️ Tuangkan adunan ni ke dalam mangkuk besar, dan masukkan tepung gandum dan juga baking power yang dah siap diayak.

▶️ Sebatikannya dengan kaedah kaup balik hingga betul-betul sebati.

▶️ Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian untuk diletakkan pewarna. Pilihlah warna yang anda suka.

▶️ Lepas tu kacau sehingga sebati untuk ketiga-tiga warna tu.

▶️ Tuangkan adunan ke dalam acuan dan cup yang dah disapukan minyak. Pakai sudu pun boleh juga.

▶️ Selang-selikan adunan mengikut warna untuk corak yang lebih cantik.

▶️ Sambil tu panaskan pengukus.

▶️ Kemudian bolehlah kukus dalam tempoh 15-30 minit atau sehingga masak. Bergantung juga kepada oven masing-masing.

▶️ Dah masak dan naik gebu, bolehlah padamkan api.

▶️ Sejukkan sekejap, dan boleh keluarkan dari acuan untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Donut Gebu Dan Lembut Sampai Ke Pagi. Rasa Extra Sedap Dan Wangi!

 

Memang enak apam gebu yang ada rasa lemak manis ni. Kalau makan apam macam ni sebenarnya susah nak muak.

Buat hidangan minum petang dengan kopi atau teh panas ni memang sedap. Rasa apam yang manis gebu ni memang kombinasi yang baik dengan minuman kopi o panas. Nanti jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.