Segalanya Tentang Makan..

Resepi Biskut Tart Nenas Sedap. Guna Acuan Nenas Comel. Mudah Je, Tak Guna Banyak Bahan.

0 3,807

Kalau sebut kuih tradisional turun temurun, kuih tart ni wajib tersenarai salah satunya. Dari zaman tok nenek sampai sekarang ni, semua generasi sukakan kuih tart ni. Selalunya kuih tart ni ada style biskut dan ada style gulung. Kali ni saya nak kongsikan resepi biskut tart nenas yang sedap dan mudah.

Buat simple-simple je untuk anak-anak. Tak payah tunggu musim raya boleh buat jadikan snek mereka. Lagi pun buat jenis biskut ni tak perlu beriya tekan-tekan acuan atau nozel tart gulung. Dan tekstur biskut ni lebih kepada lembut-lembut rangup.

Apa yang menariknya resepi yang dikongsikan oleh Noor Faezeh Zaini ni, beliau gunakan acuan nenas yang comel. Acuan boleh dapatkan kat shoppe je. Memang sesuai sangatlah untuk buat biskut anak-anak.

Bahan nak buat biskut tart nenas ni simple dan tak susah untuk disediakan. Apa yang penting buat biskut tart ni ialah campuran bahan-bahannya, supaya dapat hasilkan biskut tart yang lembut dan gebu. Penting juga untuk dapatkan biskut yang tak rapuh.

Jom kita lihat perkongsian resepi ni. Alang-alang ber’pkp’ tu, bolehlah luangkan masa buat biskut yang sedap. Dapat buat makan-makan waktu santai di rumah.

 

RESEPI BISKUT TART NENAS SEDAP

Buat biskut tart ni sebenarnya ikut kita nak guna acuan mana. Tapi yang sebenarnya orang selalu buat ialah dengan acuan biskut tart nyonya yang bentuk seakan bunga tu.

Cuma zaman sekarang ni dah macam-macam kreativiti bentuk biskut orang cuba. Salah satunya bentuk nenas yang comel inilah.

Bahan-bahannya:
  • Tatura salted butter 250 gram
  • Gula kastor ½ cawan
  • Minyak sapi 2 sudu
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Kuning telur 2 biji
  • Tepung jagung 1 cawan
  • Tepung gandum red rose 2 1/3 cawan
  • Inti nenas

Cara buat biskut tart nenas:

▶️ Satukan butter, gula, minyak sapi, telur dan esen vanilla.

▶️ Kemudian godak manja. Jangan pukul lebih-lebih pula sebab nanti biskut kembang.

▶️ Lepas tu masukkan tepung jagung.

▶️ Masukkan juga tepung gandum sikit-sikit sampai jadi doh lembut.

▶️ Kemudian masukkan dalam acuan, dan letak inti.

▶️ Beruskan atasnya dengan kuning telur.

▶️ Dan bakar dalam 20 minit atau ikut oven masing-masing.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Strawberi Swiss Tart Mudah Guna Acuan Semperit Je. Sedap Berlemak.

 

Biskut tart ni makan panas-panas memang sedap. Sebab rasa biskut yang lemak-lemak tu lebih berasa bila makan panas-panas.

Tambah lagi dengan inti nenas yang manis dan wangi. Kalau buat biskut comel-comel macam ni boleh dapat sekali banyak. Memang ralit makan sampai tak sedar habis sebalang.

Nampak menarik kan? Ini bukan menarik perhatian anak-anak. Ibu bapa pun suka. Jangan lupa cuba resepi biskut tart nenas yang sedap dan comel ni. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.