Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Bingka Jagung Sedap Dan Lembut. Kuih Tradisional Legend Kegemaran Ramai!

0 10,119

Ada tak kat sini suka makan kuih bingka? Kuih bingka ni, atau nama lainnya kuih bengkang merupakan salah satu kuih tradisional yang amat disukai. Setiap tahun, lagi-lagi time bulan puasa selalu nampak orang kongsikan resepi kuih bingka ni.

Selalunya, orang buat kuih bingka ubi atau bingka pandan. Ada juga yang buat bingka labu dan sebagainya. Macam-macam jenis bingka yang orang suka. Teksturnya yang lembut dan sedap dek lemak santan tu yang buatkan kuih ni digemari.

Kalau buat seloyang tu, sekejapan je dah boleh habis. Kali ni, saya nak kongsikan resepi kuih bingga jagung yang disediakan oleh Puan Rozita Hamzah ni.

Semua tahu yang jagung ni sedap dan ada baunya tersendiri. Kalau dibuat kuih bingka, boleh bau aroma jagung dalam setiap suapan ke mulut. Makan tak pandang kiri kanan dah.

Yang lagi sedapnya tu, bila kuih dibakar garing kat luar dan lembut kenyal di dalam. Pada anda yang nak cuba, boleh ikut resepi ni.

 

RESEPI KUIH BINGKA JAGUNG

Untuk resepi ni, sesuai untuk dimasak dalam loyang saiz 8. Ngam-ngam je dapat hasil kuih yang cantik, tak leper dan masak sekata. Dan bahan-bahannya, kita gunakan sukatan cawan untuk lebih mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Gula 1 cawan
  • Krimmer jagung dalam tin 1 cawan
  • Telur 4 biji
  • Santan asli dalam 550ml (kalau nak guna santan kotak pun boleh. Sukatannya ialah 300ml santan + 250ml air)
  • Garam sedikit
  • Pewarna kuning (optional. Tak nak letak pun tak apa)
  • Marjerin 1 sudu kecil
  • Bijan hiasan

Cara buat kuih bingka jagung:

▶️ Mudah je sebenarnya buat kuih bingka ni. Sediakan blender saiz besar sikit, kemudian masukkan kesemua bahan ke dalamnya.

▶️ Kisar sehingga sebati.

▶️ Kemudian sediakan loyang saiz 8, dan sapukan marjerin sedikit di sekitar permukaan loyang.

▶️ Dalam pada tu, panaskan oven dulu.

▶️ Selepas tu, tuangkan adunan ke dalam loyang. Dan ketuk-ketuk sikit bagi rata.

▶️ Akhir sekali, masukkan loyang ke dalam oven dan bakar bada suhu 220c selama 1 jam. Ikut oven masing-masing.

▶️ Gunakan api atas bawah.

▶️ Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sedia untuk dipotong.

▶️ Dah siap. Bolehlah dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Lopes Daun Pisang Yang Wangi, Sedap Dan Lembut. Guna Sukatan Cawan.

 

Fuhh, nampak menyelerakan kuih bingka jagung ni. Lagi-lagi baunya wangi semasa keluar dari oven tu. Kalau buat minum petang, memang sedap.

Kuih bingka ni sebenarnya sedap dimakan waktu panas-panas. Nikmat sangat sebab kuih tu akan mencair di mulut. Rugi kalau tak cuba.

Nanti jangan lupa share kan resepi kuih bingka jagung ni di wall Fb anda. Supaya nanti bila nak buat, mudah untuk anda rujuk semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.