Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Dangai Bakar 3 Bahan. Bakar Dengan Air Fryer Pun Boleh. Terasa Lemak Manisnya.

0 4,538

Kuih dangai ni memang sedap bila dimakan waktu tengah panas sebab terasa kerangupannya tu. Cara buatnya mudah sangat-sangat. Bakar dalam air fryer pun boleh. Kalau anda buat sendiri dan ikut resepi kuih dangai bakar dari Murni Mj ni memang berbaloi sebab perlukan 3 bahan je.

Sebenarnya ada macam-macam cara orang buat kuih ni. Ada yang kukus, bakar dalam oven, bakar dengan arang dan macam-macam lagi. Kuih orang kampunglah katakan. Tahu je lah orang dulu-dulu kalau buat kuih ada bermacam cara. Rasanya pun ada pelbagailah jadinya.

Tapi masih tak ada beza dari segi keharuman aroma kelapa yang dibakar. Kelapa parut memang jadi bahan utama kuih dangai ni. Kalau bakar tu, bau kelapanya je dah menusuk dan menggoda. Sedap sangat kalau nak buat juadah minum petang bersama dengan kopi panas.

Tambah lagi rasa dia cukup dengan rasa lemak manis. Sekarang ni kuih dangai ni tak tahulah kenapa susah nak jumpa orang buat atau jual. Kalau dulu ada juga lah jumpa ianya dijual di pasar malam.

Kalau tanya budak-budak sekarang ni mungkin mereka tak kenal apa tu kuih dangai. Dah alang-alang jumpa resepi ni, bolehlah kita buat sendiri untuk menggamit nostalgia kuih ni dulu.

 

RESEPI KUIH DANGAI BAKAR 3 BAHAN

Kuih dangai ni kebiasaannya mesti kena ada rasa manis. Gula tu nanti akan seimbangkan rasa kelapa yang dibakar tu. Cuma tahap kemanisannya tu terpulanglah pada anda nak banyak mana. Biasanya tak perlu banyak sangat pun dah buatkan rasanya sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 ½ cawan kelapa parut
  • ½ cawan tepung pulut
  • ¼ cawan gula
Cara buat kuih dangai bakar:

▶️ Satukan kesemua bahan ni, kemudian gaulkan sebati.

▶️ Masukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai untuk bakar.

▶️ Jangan lupa tekan-tekankan sikit adunan.

▶️ Lepas dah sekata adunan tu, tabur satu sudu kecil gula di atasnya.

▶️ Lepas tu tekan-tekan lagi supaya gula nanti tak terbang dalam air fryer masa sedang dibakar.

▶️ Bakar pada suhu 160’c selama 20 minit.

▶️ Dah siap, boleh sejukkan sekejap sebelum dipotong.

 

BACA JUGA: Cara Buat Lempeng Pisang Rangup Dan Sedap. Bahan Mudah Je. Resepi Lebih Berkhasiat.

 

Makan panas-panas macam tu lepas dibakar serius sedap. Tahu jelah kuih yang berasaskan kelapa parut ni. Bila campur dengan adunan kuih, terus rasa naik manis-manis lemak kelapa tu. Tak kisahlah kelapa tu masak dalam adunan kuih terus atau jadi bahan taburan.

Kalau anda yang tak pernah makan kuih ni pun bolehlah cuba. Mudah je cara dan bahannya. Sesuailah nak buat hidangan minum petang. Sekejap je buat dah siap.

Nanti kalau jumpa kelapa parut kat kedai tu belilah untuk buat kuih dangai bakar 3 bahan ni. Berbaloi buat seloyang kecil untuk dijamah sekeluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.