Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Lompat Tikam Senang Dan Sedap. Enak Sangat Dengan Rasa Lemak Manis!

0 1,945

Dalam banyak-banyak kuih tradisional Malaysia, kuih lompat tikam ni jarang dengar orang buat kan. Selalunya famous kat belah pantai timur. Sarapan pagi dan minum petang selalu nampak orang jual.

Tapi kalau sekali-sekala nak melayan tekak makan kuih yang sedap berlemak manis, boleh buat kuih ni. Resepi kuih lompat tikam senang je sebenarnya.

Cuma ada banyak step kena buat sebab kuih ni ada beberapa lapisan tepung dan lapisan pulut merah. Dan kalau diamati, kuih ni antara yang berat dan mewah kalau nak diikutkan.

Makan semangkuk pun dah betul-betul kenyang. Sedap pula dengan rasa lemak manisnya tu. Kalau anda nak cuba buat, boleh ikut resepi yang dikongsikan dalam page Resepi Ibu ni.

Resepinya mudah untuk diikuti dan lengkap cara untuk setiap lapisan. Jom lihat cara penyediannya.

 

RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM

Untuk kuih ni, ada lapisan hijau, lapisan putih, dan juga lapisan pulut merah. Kemudian akan disediakan air nisan atau gula melaka sebagai pemanisnya. Panjang sikit step yang anda akan sediakan.

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan untuk lapisan hijau:

  • Tepung beras 2 cawan
  • Air 3 cawan
  • Air daun pandan atau pewarna hijau 1 cawan
  • Garam ½ sudu kecil
  • Air kapur 1 sudu kecil

 

Bahan untuk lapisan putih:
  • Tepung beras 1 senduk (atau nak letak tepung pulut pun boleh)
  • Santan 2 cawan
  • Air ½ cawan
  • Garam ½ sudu kecil

Bahan untuk pulut merah:
  • Pulut 1 cawan (rendam dulu selama 1 jam)
  • Air ½ cawan
  • Garam ½ sudu kecil
  • Gula 1 sudu besar
  • Pewarna merah

 

Bahan untuk air nisan/gula merah:
  • Nisan atau gula merah 2 keping
  • Gula 4 sudu besar
  • Air 1 cawan

 

Cara buat kuih lompat tikam:

▶️ Mula-mula buat lapisan hijau dulu.

▶️ Masukkan kesemua bahan untuk lapisan hijau ni dalam mangkuk, kemudian gaulkan.

▶️ Selepas tu tapis.

▶️ Kecairan lapisan hijau ni perlulah bila diangkat tinggi senduk kayu, adunannya mengalir laju dan tak melekat pada senduk.

▶️ Kemudian masuk dalam periuk dan masak atas api. Perlu sentiasa kacau tanpa henti sehingga adunan menggelegak dan pekat.

▶️ Selepas tu, kecilkan api dan tutup periuk dan biarkan selama 5 minit.

▶️ Seterusnya buka semula tutup dan sambung kacau. Ulangnya sampai adunan jadi berkilat dan menggelembung.

▶️ Dah siap tu tutup api dan masukkan dalam bekas. Sejukkan dalam 3 jam supaya adunan jadi keras dan senang nak potong.

▶️ Selepas tu, buat pula lapisan pulut merah.

▶️ Panaskan periuk kukus, kemudian kukus beras pulut dalam 10-15 minit hingga berwap.

▶️ Selepas tu, tutup api dan angkat.

▶️ Seterusnya masukkan pulut ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang dah siap dicampur garam, gula dan sedikit pewarna merah.

▶️ Kemudian kukus semula dalam 10 minit je sampai naik wap. Boleh angkat dan sejukkan.

▶️ Seterusnya sediakan air nisan/gula melaka. Senang je.

▶️ Masak nisan dan gula sehingga hancur atas dapur. Kemudian sejukkan.

▶️ Akhir sekali buat lapisan putih.

▶️ Masukkan kesemua bahan lapisan putih dalam periuk.

▶️ Kemudian kacau dengan menggunakan api perlahan je sampailah adunan pekat.

▶️ Dah siap bolehlah hidangkan kesemuanya.

Cara hidangannya:

▶️ Potong lapisan hijau yang dah keras tadi, dan masukkan dalam mangkuk/pinggan.

▶️ Kemudian letak sikit pulut, dan ambil sedikit lapisan putih dan letak di atasnya.

▶️ Dan akhir sekali tuang gula melaka.

▶️ Bolehlah menikmatinya.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Talam Gula Merah. Resepi Hasilkan Kuih Yang Lembut Gedik Je!

 

Coraknya yang warna warni, lembut dia, dan texture setiap lapisan tu buatkan kuih ni nampak menyelerakan. Kalau buat pemanis mulut memang sesuai sangat.

Kombinasi rasa lemak tepung, santan, dan gula nisan tu menangkap selera. Ada pula pulut dimasukkan dalam kuih ni. Lagilah bertambah sedap.

Pada yang nak try tu, bolehlah ikut resepi kuih lompat tikam senang dan sedap ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.