Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Lopes Daun Pisang Yang Wangi, Sedap Dan Lembut. Guna Sukatan Cawan.

0 2,632

Kuih lopes ni sejenis kuih tradisional yang ada penggemarnya tersendiri. Lagi-lagi kalau kuih lopes tu dimasak tradisional dengan cara gulung dalam daun pisang. Lepas tu masak pula dengan air daun pandan asli.

Bagi yang tak berapa makan sangat kuih ni pun, mesti tergoda dengan bau wangi dan rasa dia. Kuih ni diperbuat dari beras pulut yang dikukus. Bila nak hidangkan tu, lumurkan dengan kelapa parut dan dituang air gula.

Memang sedap dan nikmat. Tekstur kuih lopes yang lembut tu buatkan lagi berselera untuk dijamah. Kalau nak cuba buat, anda boleh ikut resepi kuih lopes daun pisang yang dikongsikan oleh Tengku Roselyza Raja Muhammad ni.

Resepi ni memang dimasak menggunakan 100 peratus daun pandan asli. Harum semerbak kuih bila dikukus.

Dalam resepi ni pun disediakan sekali cara membuat air gulanya. Air gula ni pula dibuat sedikit pekat untuk sedapkan lagi rasa. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI KUIH LOPES DAUN PISANG

Sebelum mula buat kuihnya, sediakan daun pisang dulu. Boleh anggarkan dalam 20cm x 20 cm saiz daun pisangnya. Bergantung juga pada anda kalau nak buat besar lagi atau kecil sedikit. Kemudian layurkan dalam beberapa helai. Ketepikan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kuih lopes:
  • Beras pulut 2 cawan yang dah siap dibasuh, ditoskan dan direndam
  • Santan kara ½ kotak
  • Daun pandan dalam 20 ke 25 helai
  • Air 1 ½ cawan
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa helai daun pisang yang dah dilayur atas dapur
  • Kelapa parut (siap digaulkan dengan garam dan dikukus)
  • Tali raffia (untuk ikat daun pisang nanti)

Cara buat kuih lopes:

▶️ Mula-mula sediakan beras pulutnya. Siap basuh, tos, dan rendam. Nanti buang air rendaman tu. Ketepikan.

▶️ Kemudian kisar daun pandan dan tapis. Ambil airnya, dan campurkan bersama santan dan garam.

▶️ Selepas tu masukkan dalam beras yang dah dibersihkan tadi. Kacau sekata. Kemudian kukus sampai masak.

▶️ Boleh kukus lama sikit, dan sambil-sambil tu gaul pulut tu.

▶️ Lampirkan daun pisang. Selepas je pulut dah masak, sejukkan sekejap, dan letakkan atas daun pisang tu. Ikut kuantiti pulut anda mahu.

▶️ Seterusnya gulung daun pisang tu menjadi bentuk silinder.

▶️ Ikat hujung daun pisang tu ketat-ketat. Selepas dah siap ikat, kukuskan lagi sekali.

▶️ Bila dah siap kukus, boleh potong kuih menggunakan benang. Kalau guna pisau, potongannya tak berapa cantik.

▶️ Kemudian, lumurkan atas kelapa parut yang dah siap digaul garam dan dikukus. Ada sesetengah orang kisar kelapa parut ni untuk hasil yang halus. Lagi cantik disalutkan dengan kuih lopes tu ni.

▶️ Selepas tu, siapkan pula air gula.

 

Bahan-bahan untuk air gula:
  • Daun pandan 1 helai (disimpul)
  • Gula nise atau gula melaka ½ cawan
  • Gula merah ½ cawan
  • Air ½ cawan
  • Tepung jagung sedikit untuk pekatkan air gula

 

Cara buat air gula:

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan ni dalam periuk (kecuali tepung jagung), kemudian kacau sehingga semuanya larut.

▶️ Setelah larut, baru masukkan sedikit tepung jagung dan kacau sehingga pekat.

▶️ Dah siap, tutup api dan hidangkan sekali dengan kuih lopes.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Cara Manis Guna Perasa Dan Pewarna Asli. Lembut, Sedap Dan Wangi!

 

Bila nak makan, tuangkan air gula pada kuih lopes yang dah disalutkan dengan kelapa parut. Sedap bila makan kuih lopes yang lembut macam ni.

Bila potong tu, terasa kelembutan teksturnya. Makan pula dengan air gula yang pekat. Kombinasi kuih yang dikukus wangi dengan air gula ni memang sedap dinikmati. Tambahan lagi terasa pula lemak-lemak santannya tu.

Lepas ni, bila teragak, boleh buat sendiri je kuih lopes ni. Tak susah mana pun sebenarnya kan. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.karotuto.fr/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.fincaelpinero.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.barberdepot.nl/wp-includes/slot-gacor/

https://infobiliaria.es/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hinterlaces.com/wp-includes/slot-gacor/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-bet-200/

https://diarioevolutiva.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.teesdreams.com/wp-includes/slot-bonus/

https://virginprinting.com/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/mahjong-ways/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-bonus-new-member/

https://profumeriafontanelli.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.periodico24.com/wp-includes/slot-bonus/

https://homesteadfibercrafts.com/slot-bonus/

https://bollywoodkanafusi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://choicewaresproducts.com/wp-includes/slot-bonus/

slot bet kecil