https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuih Tako Sengkuang Cina Sedap. Mudah Je, Buat Dalam Bekas Acuan.

0 971

Apa je jenis kuih yang lembut-lembut gedik macam kuih tako atau ala-ala tepung pelita ni sedap kalau makan waktu sejuk-sejuk kan? Lega tekak dan kena dengan selera dengan rasa lemak manisnya. Resepi kuih tako sengkuang cina ni serius sedap dan wajib anda cuba.

Simpan dalam peti sejuk berbekas-bekas, puas hati dapat makan ulang-ulang. Bahagian atas ialah santan yang rasa lemak-lemak masin. Bawah pula bahagian pandan yang manis dan wangi. Memang kombinasi yang terbaik dan sedap.

Kuih tako ni memang selalu orang keliru antara dia dengan tepung pelita. Cuma kuih tako ni biasanya ada sengkuang cina, atau jagung mahupun sagu. Ada kelainan rasanya sikit berbanding tepung pelita.

Cara buat kuih tako ni senang je. Selama ni biasanya dibuat dalam daun pandan. Kali ni nak mudah buat dalam bekas acuan biasa pun boleh.

Kalau anda suka kuih lembut-lembut gedik dan manis berlemak, bolehlah buat kuih tako sengkuang cina ni. Jom lihat perkongsian resepi dari Maria Bentalib.

 

RESEPI KUIH TAKO SENGKUANG CINA

Apa yang mudahnya resepi ni ialah tak ada proses kukus. Masakkan je kedua-dua adunan dalam periuk sehingga pekat, kemudian masukkan dalam bekas acuan. Selepas tu baru masukkan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahagian bawah (pandan):
  • 100 gram tepung jagung
  • 850 ml air pandan (kisar beberapa helai daun pandan dengan air)
  • 400 gram gula pasir
  • 5 biji sengkuang cina (kupas dan potong dadu)
  • Pewarna hijau sedikit
Bahagian atas (santan):
  • 100 gram tepung jagung
  • 2 biji kelapa putih (jadikan 1520 ml santan pekat)
  • Daun pandan
  • Sedikit garam
Cara buat kuih tako sengkuang cina:

▶️ Mula-mula buat adunan pandan (bawah) dulu.

▶️ Caranya, kisarkan dulu daun pandan untuk jadikan air pandan sebanyak 850 ml.

▶️ Boleh agak-agak berapa helai daun pandan yang diperlukan untuk aroma pandan yang wangi.

▶️ Ini rupa sengkuang cina. Kupas kulitnya.

▶️ Potong kecil-kecil atau potong dadu untuk masukkan dalam adunan pandan nanti.

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati.

▶️ Kacau sehingga pekat dan jernih.

▶️ Ini hasil adunan pandan lepas dah pekat.

▶️ Masukkan adunan separuh bekas acuan. Biarkan sejuk.

▶️ Sambil tu buat adunan putih (santan).

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk.

▶️ Sentiasa kacau sampai adunan ni pun pekat juga.

▶️ Kemudian, tuangkan panas-panas atas bahagian pandan tadi.

▶️ Tuang sampai habis dan biarkan sejuk dulu. Baru masukkan dalam peti ais.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Basong Kukus. Sedap Dan Wangi Dengan Aroma Pandan. Mudah Je Bahannya.

 

Fuhh, tengok pun dah terliur kan? Tak sabar nak makan lepas siap buat kedua-dua adunan. Makan macam tu je kurang sikit nikmatnya. Dapat makan sejuk-sejuk lagi sedap.

Kalau teringin nak buat manisan melegakan tekak, sesuai sangatlah kalau buat kuih tako ni. Memang berbaloi dan yang penting nak buatnya mudah dan cepat. Modal pun tak banyak.

Dulu-dulu kalau nak, selalu jumpa time bulan puasa je. Sekarang dah jumpa resepi kuih tako sengkuang cina yang mudah dan sedap macam ni, bolehlah buat sendiri. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.