https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Pau Comel Gebu Gebas Untuk Anak-Anak. Letak Je Inti Apa-Apa. Pasti Mereka Suka.

0 746

Sekarang ni musim baking kek, buat dessert atau kuih-muih. Pkp inilah waktu meluangkan masa ke dapur dan pelajari resepi baru yang tak pernah cuba. Tengok pau ni terasa rindu pula nak makan kan? Alang-alang dah jumpa resepi pau comel gebu gebas ni, bolehlah buat untuk anak-anak.

Anak-anak ni kalau makanan comel-comel macam ni, dan gebu pula memang mereka suka. Simple tapi kena dengan selera. Tambah pula kalau kita masukkan inti perisa yang mereka suka. Sekarang ni inti segera pun ada dijual seperti kacang merah, kaya, pandan, coklat dan sebagainya.

Tak perlu pening-pening nak buat. Tapi kalau anda nak buat perisa kari ayam, ikan bilis tu mungkin kena buat sendiri. Selalunya kalau kat kedai tu ada aneka perisa untuk inti pau. Jadikanlah idea untuk inti anda.

Resepi pau comel gebu gebas ni dikongsikan oleh Ct Aishah Hasan. Nak buat pau ni special sikit bahannya, tak sama macam nak buat kek atau kuih lain.

Bahan utamanya yang basic ialah tepung pau dan juga vegetable fat. Selebihnya ialah bahan biasa kita membuat doh kuih.

 

RESEPI PAU COMEL GEBU GEBAS

Sebenarnya mudah je buat pau ni. Bahan perlu disatukan dan uli je dengan tangan. Cuma cabarannya ialah perlu menguli sehingga doh betul-betul elastik. Barulah dapat hasil pau gebu gebas seperti yang diinginkan.

Bahan-bahannya:
Bahan A:
  • 300 gram air suam
  • 220 gram gula kastor
  • 18 gram yis segera
Bahan B:
  • 920 gram tepung pau
  • 60 gram vegetable fat (khas untuk pau. Tapi kalau tak ada, boleh je gunakan vegetable shortening)
  • 180 gram air
  • 1 susu teh bread softener
  • 2 sudu teh crescent baking powder (kalau tak ada, boleh je tukar baking powder biasa)
  • 2 sudu teh minyak masak

Cara membuatnya:

▶️ Mula-mula masukkan air suam dalam mangkuk dan masukkan yis segera di dalamnya.

▶️ Kacau sebati dan biarkan sekejap dalam 10 minit.

▶️ Ayak tepung pau bersama dengan baking powder.

▶️ Lepas tu satukan kesemua bahan B. Uli adunan dengan tangan je.

▶️ Kemudian masukkan bahan A ke dalamnya dan uli lagi sampai jadi doh yang betul-betul elastik.

▶️ Pastikan doh betul-betul elastik tau. Baru pau betul-betul gebu gebas nanti.

▶️ Dah siap uli, rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.

▶️ Lepas dah naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian uli sikit manja-manja je.

▶️ Bahagikan doh menjadi 30 gram atau ikutlah anda nak saiz besar mana.

▶️ Bulatkan doh, kemudian tekan atas tangan untuk leperkan.

▶️ Letakkan inti kesukaan anda, kemudian tutup doh kemas-kemas dan bulatkannya semula. Buat cantik-cantik.

▶️ Sediakan baking paper yang siap digunting bulat-bulat untuk jadikan alas.

▶️ Susunkan pau yang dah siap dimasukkan inti ke atasnya.

▶️ Buatlah deko apa yang anda suka.

▶️ Boleh ambil lebihan doh dan warnakan dengan sebuk koko untuk warna hitam, pewarna pink dan ungu untuk corak di pipi. Ikutlah kreativiti masing-masing.

▶️ Selepas dah siap deko, rehatkan lagi doh selama 30 minit.

▶️ Susun dalam loyang pengukus.

▶️ Panaskan air pengukus siap-siap, dan kukus selama 5 ke 7 minit. Resepi ni 5 minit je dah siap.

 

BACA JUGA: Kuih Bom Bijan Pandan, Lembut Sedap Dengan Inti Kacang Hijau. Tips Goreng Tak Meletup!

 

Semasa mengukus ni, ada tips penting anda perlu ambil tahu. Pertamanya, pastikan guna api yang kuat. Jangan gua api terlalu kecil. Jangan lupa tutup tudung periuk dengan kain supaya wap tak menitik atas pau.

Bila pau dah masak je, terus tutup api dan bagi wap reda dulu. Selepas tu baru buka tutup periuk. Atau pun kalau nak angkat terus periuk berisi pau tu ke tepi baru buka tudung periuk pun boleh. Selain tu, pastikan jangan kukus terlalu lama.

Mudah je kan sebenarnya. Kukus tak perlu lama. Cuma menguli tu je perlukan kesabaran sikit sebab tangan akan lenguh. Tapi hasil pau comel gebu gebas nanti buatkan anda berpuas hati. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.