pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Popia Simpul Dengan Inti Serunding Ikan Bilis. Rangup Dan Sedap! Sekejap Je Boleh Habis.

0 6,334

Apa antara kuih legend dulu-dulu yang sedap jadi kudapan kita terutama masa hari raya di kampung? Rempeyek, kuih siput, kerepek bawang dan macam-macam lagi? Selain dari semua tu, ada satu lagi kuih legend yang famous iaitu popia simpul atau ada juga orang panggil simpul kasih!

Kalau dapat makan popia simpul yang ada inti serunding yang sedap, confirm makan berulang-ulang sampai habis! Apa istimewanya rasa kuih ni ialah kulitnya digoreng rangup di luar, dan isi di dalam rasa lembut dan cukup berasa.

Kebiasaannya inti serunding ni dibuat pedas dan wangi. Selalu orang buat sekali banyak dan simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau dapat, memang makan tanpa henti sebab kuih ni buatkan kita ketagih disebabkan inti serundingnya tu. Ramai dah orang jadikan popia simpul ni sebagai sumber pendapatan. Memang laku keras terutamanya pada musim perayaan.

Bagi anda yang nak cuba buat sendiri, boleh ikut resepi popia simpul dengan inti serunding ikan bilis yang dikongsikan oleh Siti Hajar Hashim ni. Simple dan senang je cara buatnya.

 

RESEPI POPIA SIMPUL DENGAN INTI SERUNDING IKAN BILIS

Kalau nak buat serunding ikan bilis, pastikan ikan bilis siap dikopek bersih dan dibuang taiknya sebelum dikisar. Kalau termasuk dalam adunan, rasanya nanti tak sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ikan bilis semangkuk (siap cuci bersih)
  • Cili kering 12 tangkai yang direbus siap
  • Bawang besar 1 biji (dipotong kecil)
  • Bawang putih 5 ulas (juga dipotong kecil)
  • Serai 5 batang (dipotong kecil)
  • Halia sedikit (boleh agak-agak)
  • Air ½ cawan
  • Santan pekat ½ cawan (atau guna santan kotak)
  • Gula 2 sudu makan
  • Minyak masak 2 sudu makan
  • Garam 1 sudu teh

Cara buat popia simpul dengan inti serunding:

▶️ Mula-mula cuci ikan bilis bersih-bersih dan rebusnya hingga mendidih. Kemudian toskan dan kisar menggunakan blender kering. Ketepikan.

▶️ Kemudian masukkan bahan-bahan lain dalam blender iaitu bawang besar, bawang putih, halia, serai, cili kering, santan dan air. Kisarkannya sehingga sebati.

▶️ Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis dan kacau selama 5 minit dan kemudian masukkan gula dan garam.

▶️ Selepas tu masukkan terus ikan bilis yang dikisar awal-awal tadi. Masakkannya sehingga kering lebih kurang dalam 40 ke 45 minit.

▶️ Kemudian sediakan kulit popia yang dah siap digunting kecil-kecil (untuk sekeping kulit popia, boleh dibahagi 8)

 

BACA JUGA: Kuih Ropa Terengganu Inti Kari Ayam Kentang. Sedap Sangat Dengan Kulit Rangup Dan Isi Lambut. 

 

▶️ Dan selepas tu, letakkan serunding tu sikit di atas kulit popia. Dan simpulkan kemas-kemas dan ketat.

▶️ Goreng dalam api sederhana hingga popia simpul garing dan masak.

Sedia untuk dihidangkan.

Sukatan resepi popia simpul dengan inti serunding ni untuk kuantiti yang sikit je. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahan ikut agak-agak rasa dia.

Rasanya pun cukup dengan pedas dan rasa ikan bilis dari serunding tu sendiri. Lepas ni bolehlah buat sekali banyak dan siapkan 1 bekas/balang untuk diri sendiri. Barulah puas. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.