Segalanya Tentang Makan..

Tepung Talam Gula Merah. Lembut-Lembut Gedik, Manis Berlemak. Mudah Je, Sukatan Cawan!

0 12,957

Kalau buat minum petang kuih tepung talam gula merah ni serius sedap. Dengan rasa lemak-lemak manisnya, pekena pula waktu musim hujan. Mau habis seloyang time tu juga. Kuih ni antara kuih legend juga. Wajib ada rasa lemak masin santan dan juga manis gula merah.

Dulu kuih talam ni terkenal dengan dua perisa. Satu talam pandan dan satu lagi talam gula merah ni. Tapi sekarang ni dah makin banyak perisa yang dibuat termasuk talam ubi, keladi, jagung dan macam-macam lagi. Ada tu buat talam durian.

Apa-apa pun perisa, janji konsep dan bahan asasnya sama. Kenalah lembut dan gedik-gedik teksturnya barulah menjadikan? Kalau tak nanti bukan kuih talam lah namanya.

Cara buat kuih talam oleh Azlin Fazlina ni antara yang mudah resepinya. Kejadian pun cantik dan menyelerakan. Yang penting bahannya mudah dan buat ikut sukatan cawan.

Berbaloilah kalau anda buat sendiri dari beli kan. Bila buat sendiri ni puas makan satu keluarga dan lebih jimat. Cara buatnya pun mudah sangat.

 

RESEPI TEPUNG TALAM GULA MERAH

Cara buat kuih talam oleh Azlin Fazlina ni antara yang mudah anda boleh cuba. Mungkin lain caranya dengan resepi orang lain. Kalau anda nak buat versi talam pandan, boleh tukarkan gula merah tu dengan pandan emulco.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Lapisan bawah:
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula merah
  • 4 sudu besar gula putih
  • 2 cawan air
Lapisan atas (putih):
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cubit garam
Cara buat kuih talam gula merah:

▶️ Mula-mula buat bancuhan lapisan bawah dulu.

▶️ Caranya, masak gula merah dan gula putih dalam periuk/kuali dulu dengan 2 cawan air.

▶️ Masak sehingga gula larut.

▶️ Kemudian padamkan api dan biarkan sekejap air gula sejuk.

▶️ Lepas tu campurkan ke dalam tepung gandum dan gaul sebati.

▶️ Bila dah sebati, tapis sambil masukkan ke dalam loyang yang dah siap disapu dengan minyak.

▶️ Kukus selama 15 minit.

▶️ Sambil tu buat adunan atas (putih) pula.

▶️ Campurkan kesemua bahan lapisan putih. Kemudian sebatikan.

▶️ Lepas tu tapis ke dalam periuk dan masak sekejap atas dapur sampai naik wap.

▶️ Lapisan bawah tadi, bila dah masak lorekkan sikit di permukaannya.

▶️ Kemudian tuangkan adunan putih ni atasnya.

▶️ Kukus lagi dalam 15 minit atau sehingga masak.

▶️ Dah siap boleh keluarkan dari loyang dan potong.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Seri Muka Lembut Gedik Dan Sedap. Mudah Guna Sukatan Cawan.

 

Makan panas-panas memang cukup sedap. Hidangkan sekali dengan kopi o panas. Memang sepadanlah rasa kuih lemak-lemak manis ni dengan air kopi.

Kuih talam ni tekstur dia yang lembut-lembut gedik tu buatkan lebih sedap. Buatlah kuih talam perisa apa pun. Bila masuk je mulut memang terbuailah dengan rasa lemak dan lembutnya tu.

Lepas ni kalau teringin makan kuih legend kat kampung-kampung kita dulu, bolehlah buat kuih tepung talam gula merah ni. Buat lebih sikit, dapat hulur-hulur pada jiran. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.