pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Kerabu Kuning Kelantan. Buat Hidangan Lengkap Baru Terangkat.

0 1,583

Bagi yang tak tahu, nasi kerabu ni sebenarnya ada 2 jenis. Yang terkenal nasi kerabu berwarna biru tu ialah salah satu darinya. Ada lagi satu nasi kerabu yang bewarna kuning atau pun putih yang lebih dikenali sebagai nasi kerabu kuning Kelantan.

Komponen lauknya lebih kurang sama je iaitu solok lada, serunding kelapa, sambal tumis dan macam-macam lagi. Cuma nasi kerabu biru selalunya dihidangkan dengan lauk seperti ayam goreng, ikan goreng, daging bakar dan sebagainya.

Kalau nasi kerabu kuning ni dilengkapi dengan gulai ayam. Namun, ada juga yang hidangkan dengan ikan goreng, ayam goreng macam makan dengan nasi kerabu biru. Sebenarnya terpulang nak hidangkan macam mana ikut selera masing-masing.

Syaratnya kenalah ada budu juga sebagai pelengkap hidangan. Nasi kerabu ni nak ikutkan antara makanan yang sarat dengan lauk atau makanan sampingan. Kalau kurang salah satunya memang rasa tak lengkap.

Jom kita ikuti perkongsian resepi nasi kerabu kuning Kelantan yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim. Lengkap dengan semua hidangannya sekali.

 

RESEPI NASI KERABU KUNING KELANTAN

Nak masak nasi kuning ni sebenarnya simple je. Nak jadikan warna kuning tu sebenarnya letakkan serbuk kunyit atau pewarna kuning je. Tak ada lah memerlukan bahan yang sukar untuk dicari.

Bahan-bahan nasi:
  • Beras
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 3 ke 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai diketuk
  • Air – masak seperti biasa ikut sukatan beras masing-masing
Cara masak nasi:

▶️ Cuci bersih beras seperti biasa.

▶️ Masukkan kesemua bahan yang lain dalam periuk nasi dan masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan gulai ayam:
  • Ayam
  • 1 senduk besar bawang goreng
  • 2 biji bawang besar kisar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • Rempah empat sekawan
  • 1 sudu/lebih cili kisar
  • Serbuk kari Kelantan/kari biasa pun boleh
  • 1 kotak/1 biji santan kelapa
  • 2 biji kentang dipotong dadu saiz ibu jari (pilihan)
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat gulai ayam:

▶️ Kisar bahan bertanda * dulu.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama dengan 4 sekawan sehingga wangi.

▶️ Kemudian masukkan cili kisar dan asam keping.

▶️ Masukkan paste rempah kari dan gaul sekata sehingga pecah minyak.

▶️ Seterusnya masukkan ayam dan juga kentang bersama dengan sedikit air. Air tu sikit je, dalam ¼ cawan.

▶️ Gaul rata semua bahan, dan biarkan sehingga air ayam kering.

▶️ Bila kuah dah mendidih, masukkan sikit hirisan gula melaka dan juga kerisik.

▶️ Kacau-kacau dan biarkan hingga kuah pekat.

▶️ Dan akhir sekali masukkan bawang goreng dan gaul sekejap je. Bawang goreng ni berikan aroma dan rasa manis-manis dalam kuah.

▶️ Dah boleh tutup api.

Bahan-bahan serunding kelapa:
  • 2 ekor ikan kembong/mabong rebus/digoreng ambil isinya saja
  • 1 mangkuk kelapa parut
  • 1 mangkuk halia
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 biji bawang
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 2 inci halia
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara buat serunding kelapa:

▶️ Tumbuk bawang, halia, serai dan lada hitam. Kemudian diikuti dengan ikan dan kelapa parut. Gaul rata.

 

 

▶️ Lepas tu goreng tanpa minyak atau sangai sampai warna jadi keperangan.

Bahan-bahan sambal tumis:
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 biji bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 cawan santan kelapa
  • 1 atau 2 sudu budu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit parutan gula Melaka
Cara masak sambal tumis:

▶️ Tumbuk atau kisar bahan bertanda *.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar, cili, serai dan asam keping.

▶️ Biarkan tumis sehingga pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan santan dan biarkan santan masak sebati dulu.

▶️ Bila kuah dah mula mendidih, masukkan budu dan gaul sekata.

▶️ Masak sehingga kuah agak pekat dan mula timbul minyak.

Bahan-bahan sambal tumbuk cili:
  • Cili padi/cili api
  • 1 sudu cili atau
  • 1 biji limau
  • Sedikit garam
  • Sedikit air
Cara masak sambal tumbuk cili:

▶️ Tumbuk cili dan masukkan asam limau atau cuka.

▶️ Lepas tu perasakan dengan sedikit garam.

Bahan-bahan solok lada:
  • Bahan yang sama dengan serunding kelapa tadi (cuma campurkan sedikit air kelapa)
Cara buat solok lada:

▶️ Bahan solok lada tadi disumbatkan dalam cili hijau bahagian tengah-tengah.

▶️ Kemudian kukus.

▶️ Dah siap hidangan nasi kerabu kuning Kelantan.

 

BACA JUGA: Tips Masak Gulai Kuning Ikan Ayo (Tongkol) Sedap Dan Padu, Resepi Tradisi Orang Kelantan.

 

Untuk melengkapinya, hidangkan sekali ulaman nasi kerabu seperti daun kesum, daun salom, kobis, bunga kantan, kacang panjang dan taugeh. Selain tu, ada juga telur asin, keropok ikan dan budu.

Untuk budu ni, nak sediakannya mudah je. Campurkan budu dengan hirisan cili, bawang dan perahan asam limau. Boleh masakkan sekejap atau campurkan begitu je.

Sedap dan berseleranya tengok nasi kerabu kuning Kelantan ni. Lagi-lagi ada masakan gulainya yang gunakan rempah kari Kelantan. Sedap aromanya. Jangan lupa cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.