Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Bilis Jering. Buat Lebih Sambal, Boleh Simpan Lama. Mudah Je Bahannya.

0 172

Selalunya makan sambal bilis petai je kan? Jering ni bukannya tak terkenal, cuma susah nak jumpa macam petai yang banyak dah orang jual. Anda pernah cuba resepi sambal bilis jering? Kali ni kita bawakan resepi ini pula yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira.

Sedap resepinya. Yang menarik sekali, sambal boleh tahan lama. Sampai sebulan boleh tahan dalam peti. Simpan dalam bekas kaca dan tutup rapat-rapat. Boleh buat lebih sikit.  Bila masak sambal bilis jering ni, dapat makan dengan nasi panas-panas memang syok.

Resepi ni bahan sambalnya tu dipanggil ibu sambal. Dah masak ibu sambal ni baru masukkan ikan bilis goreng dan jering. Kalau anda nak buat nanti, sebaiknya buat sekali banyak ibu sambal ni.

Nanti boleh asingkan separuh untuk simpan dalam peti sejuk jadikan ‘pes sambal’ untuk masak lauk lain seperti sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan sebagainya.

Lagi separuh tu barulah buat sambal ikan bilis jering. Memang berbaloi buat resepi ni. Dapat buat 2 dalam 1. Mudahkan kerja kita nak buat masakan lain juga nanti.

 

RESEPI SAMBAL BILIS JERING

Kalau susah nak jumpa jering atau kalau anda lebih suka petai, boleh juga gantikan dengan petai. Mana-mana pun sedap ikut selera anda.

Bahan-bahan untuk ibu sambal:
  • 6 ulas bawang putih
  • 20 biji bawang merah
  • 4 biji bawang besar
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 15 biji cili padi hijau
  • 15 biji cili padi merah (kalau tak nak pedas sangat boleh kurangkan)
  • 10 biji lada besar hijau
  • 10 biji lada besar merah

Bahan lain:
  • Ikan bilis ikut berapa banyak anda nak buat
  • Jering atau petai secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat sambal bilis jering:

▶️ Mula-mula kisar kesemua bahan ibu sambal. Pastikan kisar separuh hancur je, jangan sampai lumat. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan toskan.

▶️ Tumiskan bahan kisar tadi dengan api yang sedang atau kecil sehingga terbit minyak.

▶️ Pastikan minyak lebih dari bahan sambal. Ini bertujuan nak bagi sambal tahan lama.

▶️ Proses menumis ni agak makan masa. Lebih kurang 1 jam kalau guna api kecil.

▶️ Pastikan juga sentiasa kacau untuk elakkan sambal hangit.

▶️ Bila sambal dah betul-betul pecah minyak, ambil lebih kurang separuh darinya dan simpan dalam bekas kaca yang bersih dan sejuk.

▶️ Lepas tu tutup dan simpan dalam peti. Nanti nak masak dengan apa-apa lauk bersambal, boleh gunakan ibu sambal ni.

▶️ Baki sambal dalam kuali tadi boleh masukkan ikan bilis yang digoreng separuh masak dan juga jering/petai. Gaulkan sebati.

▶️ Rasa dulu. Kalau perlu masukkan garam, gula dan aji, masukkan secukupnya.

▶️ Kalau anda suka macam berkuah sikit atau lembab-lembab, boleh masukkan air dan reneh sampai sebati.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Ikan Bilis Bawang Style Negeri Sembilan. Sedap Rasa Berlemak-Lemak.

 

Hidangkan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kalau anda suka lauk simple-simple, sesuai sangat buat lauk ni. Bila ada resepi ibu sambal sekali ni memudahkan kerja anda sebenarnya.

Cumanya yang kena gigih sikit ialah nak buat ibu sambal tu. Boleh tahan lama juga nak bagi sambal betul-betul masak dan tahan lama. Tapi berbaloi walaupun berjam juga menunggu.

Dalam satu masa, dapat buat resepi sambal bilis jering, dapat juga buat pes sambal. Tak rugi kalau anda buat. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.