Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Ayam Pedas Korea Yang Selalu Orang Korea Makan Tu. Mudah Je Rupanya!

0 1,339

Bila nak buat masakan ayam ni mulalah kaum ibu keliru nak buat masak apa. Yelah, selalu mencuba nak buat resepi lain dari manu biasa. Nanti anak-anak muak pula kan makan lauk yang sama je. Apa kata kali ni buat ayam pedas korea atau spicy Korean chicken pula.

Mesti jarang anda buat atau tak pernah buat pun kan? Kalau tengok kdrama tu selalulah nampak orang korea makan ayam pedas ni. Tengok ia terhidang pun buat kita terliur. Ayam pedas korea ni sedap diratah macam tu je atau makan dengan nasi.

Resepi ni dikongsikan oleh Rozlyn Farah Diana. Agak menarik hidangannya sebab tak berkuah. Lebih kepada ayam goreng bersalut sambal atau sos. Tapi sos ayam pedas ni bukan macam sambal atau sos ayam kita selalu masak.

Ramuan untuk sos dia lebih berperisa, wangi dan sedap untuk dinikmati macam tu je. Ada madu, lemon dan sebagainya. Biasanya kurang pedas berbanding sambal yang selalu kita masak.

Sesuailah kalau nak buat untuk anak-anak. Biasanya hidangannya sedap dimasak dengan ayam bahagian peha dan kepak. Sama juga seperti kita buat ayam madu. Jom lihat bagaimana penyediaannya.

 

RESEPI AYAM PEDAS KOREA / SPICY KOREAN CHICKEN

Biasa dah kita tengok ayam pedas korea ni ada disalutkan sekali dengan biji bijan yang mencantikkan lagi hidangan. Fungsinya juga untuk rasa rangup dan sedap lagi bila digigit.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Drummet/chicken wings
  • Tepung goreng Bistari (gunakan perisa spicy rasanya lebih kick. Tapi kalau anda nak gunakan original pun boleh. Terpulang pada selera)
  • Black pepper
  • Serbuk cili
  • Bawang putih (dikisar)
  • Cili kisar
  • Madu
  • Lemon
  • Sos tomato
Cara buat ayam pedas korea / spicy Korean chicken:

▶️ Mula-mula cuci bersih ayam. Kemudian perapkan dalam tepung goreng Bistari.

▶️ Caranya, masukkan tepung dalam 2-3 sudu dan sedikit black pepper, bawang putih kisar dan juga sedikit air.

▶️ Lepas tu gaulkan sebati dan perap selama 10-15 minit.

▶️ Selepas perap, sedia untuk digoreng.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Sediakan tepung Bistari yang kering dan salutkan ayam perap tadi padanya.

▶️ Masukkan dalam minyak yang panas dan goreng sehingga garing keperangan.

▶️ Sambil tu dalam kuali lain sangai biji bijan. Dah perang, angkat dan ketepikan.

▶️ Selepas ayam dah masak, boleh angkat dan toskan. Ketepikan dulu.

▶️ Buat sosnya pula.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih kisar dan juga cili kisar sehingga garing.

▶️ Kemudian masukkan serbuk cili dalam 2-3 sudu. Kalau nak pedas lagi, anda boleh masukkan lebih.

▶️ Seterusnya masukkan sos tomato, gula, madu, garam dan air perahan lemon. Boleh agak-agak masukkan air perahan lemon tu. Takut nanti termasam sangat pula.

▶️ Kacau sebati, kemudian masukkan biji bijan yang telah disangai dan juga ayam yang telah digoreng tadi.

▶️ Gaulkan sehingga sos melekat betul-betul pada ayam.

▶️ Nak taburkan daun bawang sebagai hiasan pun boleh untuk menarikkan lagi hidangan.

 

BACA JUGA: Buat Penggemar Makanan Korea, Jom Buat Spicy Enoki. Gerenti Makan Sampai Licin!

 

▶️ Dah siap boleh angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sekarang musim duduk rumah ni seronoklah buat pelbagai resepi untuk dijamah sekeluarga. Ayam pedas korea ni special dia ialah boleh dimakan macam tu je atau nak makan dengan nasi pun boleh.

Kalau nak lagi sedap, gorenglah ayamnya rangup-rangup dulu sebelum disalutkan dengan sosnya tu. Rasa akan lebih sedap berganda.

Ayam pedas korea mudah sangat untuk dibuat dan tak perlu masa yang lama untuk disediakan. Rasa pun tiptop dan pasti kena dengan selera. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.