Segalanya Tentang Makan..

Cara Masak Telur Sedap Dan Sihat Berintikan Sayuran Dan Cheese! Anak-Anak Mesti Suka!

0 2,704

Berapa ramai anak-anak yang tak suka makan sayur. Kadang-kadang tu pening juga fikir nak menarik perhatian anak-anak supaya makan sayur-sayuran ni. Antara salah satu masakan anda boleh buat untuk gantikan masakan sayur yang berkhasiat ialah telur berinti ni.

Bukan je berkhasiat dan sihat, malah sedap dan boleh diratah macam tu je. Cara masak telur sedap dan sihat ni tak susah pun. Sediakan apa sahaja sayuran anda suka bersesuaian dengan masakan telur ni. Lepas tu gabungkan dengan cheese.

Goreng seperti biasa telur dadar. Mudah je kan. Resepi ni dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain. Simple, ringkas, dan cepat penyediaannya. Yang penting ianya sihat dan mengenyangkan.

Sesekali nak ubah cara masakan sayur dan telur ni apa salahnya kan. Gabungkan terus dengan cara ikut resepi ni.

Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Lepas masak, telur tu akan digulung. Nampak tebal isinya dan cukup rasa sihat dan berkhasit. Rugi kalau tak cuba.

 

RESEPI TELUR SEDAP DAN SIHAT

Sayuran yang dimasukkan dalam telur ni simple je. Memang sayuran yang biasa kita makan. Dan semasa menggoreng, untuk kekalkan sihat, sebaiknya gunakan minyak zaiton. Namun kalau tak ada boleh juga pakai minyak masak biasa.

Bahan-bahannya:
  • Telur 4 biji
  • Cheese
  • Lobak merah dipotong dadu
  • Timun dipotong dadu
  • Daun bawang hiris nipis
  • Minyak zaiton sesudu
  • Garam secubit

Cara Masak Telur Sedap Dan Sihat:

▶️ Mula-mula sediakan mangkuk, kemudian masukkan telur, lobak merah, timun dan daun bawang. Kemudian pukul sehingga sebati.

▶️ Kalau nak tukar sayuran lain atau lebihkan sayuran yang ada pun boleh. Contoh sayuran lain ialah tomato, kobis, sawi, dan macam-macam lagi ikut citarasa masing-masing.

▶️ Seterusnya masukkan sedikit garam dalam mangkuk dan ketuk lagi sikit.

▶️ Kemudian panaskan sesudu minyak zaiton tadi dalam kuali. Setelah panas, masukkan adunan telur tadi dan biarkan sekejap 2 minit. Selepas tu taburkan cheese.

▶️ Gulung telur ikut cara anda suka.

▶️ Lepas dah masak, boleh padamkan api.

▶️ Angkat dan potong telur untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Sayur Campur Berkuah Chinese Style. Sedap Sangat Dengan Sayurnya Rangup Dan Sedar.

 

Nampak sedap dan menyelerakan kan? Kadang-kadang menu simple macam ni lagi boleh membantu menaikkan selera. Tak perlu banyak pun sayur dan bahan Lain. Dah cukup simple dan sedap.

Kalau anda suka kan lebih bahan perasa dan pedas, boleh masukkan apa-apa perasa yang anda suka contohnya lada hitam, lada solah dan macam-macam lagi.

Makan dengan nasi panas ataupun makan dengan meratah macam tu je pun dah cukup menyelerakan. Lepas ni bolehlah mencubanya. Kalau nak buat lebih atau tebal sikit, boleh lebihkan telur dan bahan sayurannya tu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.